• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 1.6 Juta Kenderaan Akan Guna Lebuh Raya Utama di Selangor Sempena Aidilfitri

1.6 Juta Kenderaan Akan Guna Lebuh Raya Utama di Selangor Sempena Aidilfitri

March 26, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBANYAK 1.6 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya utama di Selangor sepanjang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Bagi memastikan kelancaran aliran lalu lintas, Polis Selangor akan menugaskan seramai 71 pegawai dan 646 anggota trafik untuk memantau keadaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan menggerakkan 49 kereta peronda polis dan 87 unit motosikal bagi mengawal trafik di lebuh raya seluruh negeri. Langkah ini diambil untuk mengelakkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Pada masa yang sama, tujuh lokasi perangkap had laju akan diletakkan, dan 18 lokasi Ops Lancar akan dilaksanakan di seluruh Selangor.

Lokasi tersebut termasuklah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Plaza Tol Gombak, serta beberapa jalan utama seperti Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dan Jalan Klang-Teluk Intan.

Polis Selangor juga bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menyediakan bantuan luar biasa semasa musim perayaan. Langkah ini bertujuan untuk memastikan orang ramai dapat bergerak dengan lancar di jalan raya tanpa sebarang halangan.

Selain itu, cuti semua pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor dibekukan bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan awam sepanjang sambutan Aidilfitri.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hari Raya Aidilfitri 2025, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Lebuh Raya Utama, Selangor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my