• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Yoshimura Perkenal Kit Fender, Gad Radiator untuk Kawasaki Ninja ZX-25R

Yoshimura Perkenal Kit Fender, Gad Radiator untuk Kawasaki Ninja ZX-25R

December 15, 2020 By AI Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YOSHIMURA Japan memperkenalkan aksesori untuk Kawasaki Ninja ZX-25R yang tiada kena mengena dengan produk ekzos, iaitu kit fender dan gad radiator.

Kit fender ialah produk yang banyak digunakan dalam dunia modifikasi motosikal untuk mendapatkan penampilan lebih sporty. Ia terdiri daripada braket keluli tahan karat tiga lubang yang lebih ringan tanpa mengurangkan kekuatan komponen tersebut, dan juga lebih kompak. Unit blinker asal pula masih boleh dipasangkan pada braket.

Sudut mounting ditetapkan 40º ke atas, yang sepadan standard baharu dan dipadankan unit lampu LED dan reflektor. Kit fender ini dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada Januari tahun depan pada harga 20,350 yen (RM790).

Unit gad radiator pula berfungsi melindungi bahagian sirip komponen tersebut daripada habuk, lumpur, serangga dan batu kerikil. Aksesori ini memiliki jejaring heksagon (hexagon mesh), dengan jeriji bahagian tengah direka rapat dan kecil berbanding bahagian sisi. Ini bertujuan meningkatkan proses penyejukan dan memberikan ekstra perlindungan.

Gad radiator perak dijadualkan dilancarkan pertengahan Disember ini pada harga ¥19,250 yen (RM750), manakala warna hitam dijual ¥22,550 yen (RM870) diperkenalkan hujung Disember ini.

BACA >>> Jepun Bangunkan Kit Talaan Kawasaki Ninja ZX-25R, Tawar Kuasa Lebih 49hp!
BACA >>> Dengarkan Kompilasi Deruman Kawasaki Ninja ZX-25R dengan Pelbagai Ekzos Aftermarket

SUMBER: Kawasaki1ban

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Aksesori Aftermarket, Gad Radiator, Kawasaki, Kawasaki ZX-25R, Kit Fender, Roda4, yoshimura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my