Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha YZ65 Serba Baharu (2018) – Motocross Sebenar untuk Pelumba Cilik
Roda2

Yamaha YZ65 Serba Baharu (2018) – Motocross Sebenar untuk Pelumba Cilik

AryonBy Aryon13/02/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Corporation USA mendedahkan jentera motocross YZ65 serba baharu yang dibangunkan khas untuk penunggang kecil dengan menampilkan enjin, casis, suspensi, dan rekabentuk badan serba baharu. YZ65 (2018) bakal berentap dengan pesaing sekelas seperti KTM 65 SX dan Kawasaki KX65.

YZ65 (2018) dibina untuk memberikan perasaan pengalaman perlumbaan sebenar kepada penunggang cilik seperti mana pelumba dewasa. Dengan ketahanan dan prestasi terbaik, jentera dirt bike mini Yamaha itu pastinya menjanjikan nilai wang hebat kepada ibu bapa yang mahu berikan yang terbaik buat anak mereka.

BACA >>> Wyatt Thurman, Baru 7 Tahun Sudah Menang Kejuaraan Motocross

Barisan motocross Yamaha YZ sememangnya dilengkapi ciri teknologi dan  prestasi terkini yang menumpukan kepada pembuatan jentera berkualiti bagi membantu pelumba meraih keputusan terbaik atas trek.

Dijana enjin 2-lejang 64.8cc penyejukan cecair dengan ambilan injap-reed dan Sistem Injap Kuasa Yamaha (Yamaha Power Valve System – YPVS), YZ65 dibikin untuk prestasi trek dan mudah dikendalikan. Malah, enjin YZ menawarkan ketahanan dan reliabiliti yang membolehkan si penunggang pergi lebih jauh.

ERGONOMIK DIPERTINGKAT, CASIS SERBA BAHARU

Struktur kerangka baru, terdiri daripada frem keluli sangga semi ganda (semi-double-cradle), subfrem aluminium boleh tanggal dan lengan ayun aluminium membolehkan YZ65 beraksi lincah dan meyakinkan. Rekaan pelana rata memberikan fiil ergonomik selesa, termasuk bar hendal aluminium boleh laras 4-tetapan yang dapat disesuaikan mengikut tahap keselesaan dan saiz penunggang muda.

Bahasa rekabentuk YZ dapat dikesan menerusi garis horizontal, gaya badan, warna dan grafik yang mirip model taruhan Yamaha YZ450F.

SUSPENSI SPRING KOIL KYB® MUDAH TALA

Berasaskan prestasi trek, YZ65 (2018) dipasangkan fork spring koil KYB® 37mm boleh laras sepenuhnya. Hasilnya, tunggangan jentera itu jadi cukup mantap dan bersedia meredah sebarang laluan berbonggol. Karakter redaman absorber KYB® pula direka khas supaya sesuai dengan casis baharu YZ65 (2018).

HARGA, WARNA

YZ65 (2018) dijual pada  harga AS$4,599 (RM18,131) dan didatangkan dalam warna Team Yamaha Blue (biru) serta dijadualkan berada dipasarkan bermula April ini bagi membolehkan jentera ini berentap dalam Kejuaraan Kebangsaan Motocross Amatur AMA Loretta Lynn.

Maklumat lanjut mengenai YZ65 (2018) boleh dibaca di YamahaMotorsports.com/motocross. Perincian mengenai program sokongan penunggang bLU cRU, termasuk peluang demonstrasi dan sekolah memandu, boleh layari YamahaMotorsports.com/sport.

GALERI

SUMBER: Motorcycle.com

dirt bike Kejuaraan Kebangsaan Motocross Amatur AMA Loretta Lynn motocross roda2 Yamaha Yamaha YZ65 (2018) YPVS
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 1 Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.