• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha X-Max 300 – Adakah Skuter Ini Bakal Masuk Malaysia?

Yamaha X-Max 300 - Adakah Skuter Ini Bakal Masuk Malaysia?

October 21, 2016 By AI 6 Comments

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Yamaha X-MAX 300NAMPAKNYA Yamaha X-MAX versi 300cc  terlebih dahulu menyapa pasaran Eropah. Alangkah molek sekiranya pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mempertimbangkan Yamaha X-MAX 300 dalam senarai model baharu mereka tahun hadapan.

Setidaknya Kawasaki J300 memiliki teman pesaing. Dan... khabarnya HLYM bakal melancarkan model baharu minggu hadapan. Yang pasti, bukan X-MAX. Sama-sama kita nantikan.

Yamaha X-MAX 300LEBIH BERKUASA

Dikatakan Yamaha X-MAX 300 lebih laju dan jimat bahan api berbanding model penggantinya, X-MAX 250. Penggayaannya diinspirasikan daripada model tertinggi TMAX 530 termasuk lampu hadapan LED ‘twin-eye’.

Dari aspek prestasi, Yamaha X-MAX 300 dilengkapi enjin 292cc 1-silinder yang mampu menghasilkan kuasa 27.6 hp pada 7,250rpm dan tork 29Nm (5,750rpm). Dengan nisbah mampatan 10.9:1, Yamaha X-MAX 300 mampu mencapai lebih kuasa tanpa mengorbankan penggunaan petrol yang tinggi.

Tambahan enjin tersebut juga memenuhi penarafan emisi Euro4 terkini. Manakala penghantaran kuasa ke roda belakang masih lagi menggunakan  V-Belt.

2017-yamaha-x-max-300-under-seat-storage
Yamaha X-MAX 300

RUANG SIMPANAN LUAS

Kapasiti ruang simpanan di bawah pelana turut ditingkatkan. Ia mampu memuatkan dua helmet muka penuh. Turut tersedia soket pengecas, penghidup tanpa kunci dan kawalan traksi.

Anda pasti akan tergoda dengan dimensi Yamaha X-MAX 300 yang mana skuter itu memiliki panjang 2,185mm, lebar 775mm dan tinggi keseluruhan 1,415mm. Pengendalian juga lebih mudah kerana tinggi pelana hanya 795mm dan berat jentera 179kg. Tangki bahan bakar memiliki saiz 13L.

Sementara itu, keyakinan membrek diserahkan kepada brek cakera tunggal  267mm di hadapan dan 240mm di belakang. Tentunya, ciri ABS adalah standard di bawah peraturan Eropah terbaru.

Tugas keselesaan tunggangan pula diserahkan kepada suspensi teleskopik di hadapan bersama profil tayar 120/70-15. Manakala bahagian belakang menggunakan suspensi penyerap hentak berkembar di belakang dengan padanan tayar 140/70-14.

Yamaha X-MAX 300HARGA

Buat masa ini, harga jualan masih belum diumumkan dan kami jangkakan Yamaha X-MAX 300 bakal berada di pasaran Eropah bermula Mac 2017. Sama-sama kita nantikan.

GALERI

Yamaha X-MAX 300
2017_yam_xmax300_eu_mdnom1_stu_005_03
Yamaha X-MAX 300
2017-yamaha-x-max-300-under-seat-storage
yamaha x-max 300

Artikel Berkaitan

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Malaysia, skuter, X-MAX 250, Yamaha, yamaha x-max, Yamaha X-MAX 300

Comments

  1. Adnan Yusof says

    April 28, 2017 at 3:03 PM

    I would like to know is x max 250 will in the market in Malaysia in near future.
    If not can i import thro Hong Leong.
    Regards.
    Thanks.

    Reply
  2. Nasir says

    November 25, 2017 at 6:33 AM

    Sudah jadi kebiasaan rakyat malaysia selalu sangat ketinggaln lebih kurang setahun @ lambat pick up berbeza negara jiran kita (indonesia & thailand) cepat masuk pasaran.
    Why ?
    Daripada peminat yamaha xmax 250.

    Reply
  3. Nasir says

    December 4, 2017 at 6:55 AM

    Bilakah pelacaran @ pasaran motorsikal yamaha xmax 250 & xmax 300 di malaysia ?
    Daripada peminat setia motorsikal model yamaha.

    Reply
  4. redzaeishafeeq says

    December 5, 2017 at 2:00 PM

    rasa cantik X-MAX ni…tgk youtube dkt Indonesia dah keluar X-MAX 250..huhuhu…mesti menarik kalau dapat masuk Malaysia

    Reply
  5. Walter Wu says

    April 22, 2018 at 10:57 PM

    I would to know that , this Yamaha 2017 TMAX 530 will be launching in Malaysia? thank !

    How much the price ?
    do have any dealer in johor bahru

    I can be contacted 012-7828038

    Reply
  6. Ilias says

    August 11, 2019 at 7:24 AM

    Bila agak xmax 300 nk masuk malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
    #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
  • #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
    #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
    Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my