Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Vixion (2021) Kini dengan Warna Baharu dan Rim Kuning, Harga RM7.9k
Roda2

Yamaha Vixion (2021) Kini dengan Warna Baharu dan Rim Kuning, Harga RM7.9k

ShawkathBy Shawkath11/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA Indonesia menawarkan pilihan warna baharu naked bike 150cc popular, Vixion (Malaysia: FZ150i) iaitu biru kusam (Matte Blue) dengan seragam lebih segar.

Warna baharu itu dipercayai dipinjam daripada siri MT yang menjadikan Vixion nampak lebih moden, cantik dan menarik.
Seragam biru itu diperkenalkan selepas tawaran dua warna sedia ada merah (Metallic Red) dan hitam kusam (Matte Black) dengan harga atas jalan Rp27,945,000 (RM7,990).

Tona kuning pada rim tampil kontras dengan warna badan, sekali gus menyerlahkan lagi imej sporty model Yamaha itu. Warna terang itu juga memudahkan pengguna jalan raya lain menyedari kelibat penunggang Vixion.

BACA >>> Set Lampu Depan Yamaha MT-25 (2020) Cecah Hampir RM1.5k!

Berikut spesifikasi Vixion (2021) baharu Indonesia ini:

  • Vixion masih menggunakan trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 149.8cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 16.3hp @ 8,500rpm tork 14.5Nm @ 7,500rpm serta transmisi manual 5-kelajuan.
  • Silinder DiASil dengan piston tempa memberikan daya tahan tiga kali ganda lebih baik.
  • Dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper Clutch (ASC) untuk operasi klac lebih lancar, mengurangkan halaju enjin ketika nyahpecutan dan anjakan gear lebih lancar.
  • Ada suis pemati enjin dan lampu potong (pass beam) seperti digunakan motosikal kuasa besar.
  • Sistem lampu menggunakan LED penuh untuk lampu depan dan lampu belakang (rekaan baharu).
  • Frem Vixion jenis deltabox. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek dipasangkan unit brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.

  • Apabila suis ON, kluster instrumen digital akan memaparkan mesej ‘HI BUDDY’ dan boleh diubah kepada nama anda. Set lampu depan dan belakang menggunakan teknologi LED dan Vixion dilengkapi fungsi lampu kecemasan.
  • Memiliki berat 132kg, kapasiti tangki minyak 12 liter dan tinggi pelana 795mm.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Vixion (FZ150i) dari Streetbike Naked kepada Sportbike Fairing
BACA >>> HLYM Naik Taraf Laman Web Yamaha Malaysia, 125ZR dan FZ150i Selamat Dipencenkan

SUMBER: Dapurpacu

naked bike Yamaha Hi Buddy Yamaha HLYM FZ 150i Vixion Yamaha Indonesia Yamaha Vixion (2021)
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.