Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Sedang Bangunkan Enjin Turbo Kembar, Lakaran Paten Didedahkan
Auto Terkini

Yamaha Sedang Bangunkan Enjin Turbo Kembar, Lakaran Paten Didedahkan

AryonBy Aryon12/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISTILAH Euro4 dan Euro 5 sudah menjadi sebahagian daripada lanskap motosikal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Standarda emisi Eropah  mendesak banyak pengeluar meningkatkan kreativiti masing-masing dalam pembuatan enjin dan teknologi.

Bagaimanakah cara mengekalkan prestasi dan pada masa sama merendahkan emisi?

Jawapannya ada pelbagai, dan pengecas turbo ialah salah satu daripadanya. Tenaga induksi untuk enjin membolehkan enjin bersesaran kecil menghasilkan lebih kuasa, dan Yamaha ialah pengeluar terbaharu yang cuba berjinak-jinak dalam permainan enjin turbo.

Sebenarnya, enjin turbo untuk motosikal bukanlah teknologi baharu. Pada 1980-an, beberapa pengeluar gergasi Jepun sudah pun menghasilkan motosikal pengecas turbo. Namun, pembuatan enjin turbo pada masa itu terlalu mahal berbanding enjin aspirasi natural (NA), dan tidaklah terlalu berkuasa.

BACA >>> Inilah Jawapan Kenapa Tiada Lagi Motosikal Turbo?

Ini ditambah pula masalah penyejukan yang belum selesai dan isu lengah (lagging). Jadi, projek enjin turbo perlahan-lahan dilupakan. Kemudian, apabila Kawasaki muncul memperkenalkan Ninja H2 pada 2015 yang dikuasakan enjin supercas, mungkin inilah sebab kenapa beberapa pengeluar motosikal lain pun semacam terjaga daripada tidur.

GILIRAN YAMAHA TUNJUK TURBO

Selepas Kawasaki dan Suzuki dilaporkan membuat permohonan paten untuk pengecas turbo, kini paling terbaharu ialah Yamaha, disiarkan pada 20 Mac 2019. Dokumen tersebut menunjukkan model daripada siri Yamaha MT (seperti MT-09), dipasangkan enjin 4-lejang pengecas turbo jenis Parallel Twin.

Penjelasan Yamaha tentang dokumen itu ialah;

Kenderaan stradel seperti motosikal perlu untuk menambah baik penggunaan bahan api enjin dan ouput enjin.

Bagi memenuhi keperluan itu, satu pengecas turbo disediakan dan sesaran enjin dikurangkan. Penjimatan bahan api ditambah baik dengan mengurangkan sesaran enjin. Pengecas turbo akan menambah baik kecekapan ambilan. Dengan cara ni, output enjin ditingkatkan, manakala penggunaan bahan api dapat ditambah baik.”

Berdasarkan gambarajah paten, teknologi turbo Yamaha itu bukan dijana daripada aktuator injap buangan yang melepaskan tekanan lebihan dari turbo. Sebaliknya, ia direka dengan mengoptimumkan posisi aktuator untuk meningkatkan darjah bebas dalam susun atur  katalis. Ini bermakna Yamaha  boleh memuatkan katalis besar (yang membantu mengawal emisi) tanpa perlu membesarkan saiz motosikal.

BACA >>> Model Konsep Suzuki Recursion Turbo Versi Pengeluaran Muncul Tahun Depan?

Paten tersebut diserahkan pada Jun 2017, dan mengambil masa dua tahun diterbitkan. Sepanjang tempoh masa itu Yamaha pasti sudah melakukan banyak penambahbaikan. Dan tidak mustahil pengeluar dari Jepun itu sekurang-kurangnya sudah menyiapkan prototaip motosikal pengecas turbo!

SUMBER: RideApart

enjin Enjin Yamaha Euro4 Euro5 paten Paten Enjin Yamaha pengecas turbo teknologi Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.