Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam11/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONG LEONG YAMAHA MOTOR (HLYM) Malaysia memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model kapcai popularnya, Yamaha PG-1 bagi tahun 2026. Model ini kini hadir dengan dua pilihan lebih segar dan bergaya iaitu Classic Black serta Sky Blue, memberi alternatif kepada pembeli yang mahukan imej lebih menonjol di jalan raya.

Dengan penambahan warna ini, Yamaha PG-1 terus mengekalkan identitinya sebagai motosikal ringan yang praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian. Rekaan ringkas dan versatil menjadikan PG-1 pilihan menarik untuk penunggang bandar mahupun mereka yang mahukan jentera santai hujung minggu.

Harga Rasmi & Tarikh Ketersediaan Di Malaysia

Pilihan warna baharu Yamaha PG-1 2026 ini mula ditawarkan di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 3 Februari 2026. Harga runcit disyorkan ditetapkan pada RM6,998 tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Sebagai nilai tambah, pembeli baharu turut menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 secara percuma dengan setiap pembelian. Tawaran ini pastinya memberi sedikit kelebihan dari sudut keselamatan tambahan kepada pemilik.

Enjin 114cc, Ringan dan Jimat Untuk Kegunaan Harian

Dari segi spesifikasi, Yamaha PG-1 dikuasakan enjin satu silinder 114cc jenis SOHC penyejukan udara. Enjin ini menghasilkan kuasa 6.6 kW pada 7,000 rpm serta tork maksimum 9.5 Nm pada 5,500 rpm, cukup untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak dekat.

Gabungan enjin kompak dan berat badan yang ringan menjadikan PG-1 mudah dikendalikan terutama untuk penunggang baharu atau mereka yang mahukan motosikal kedua yang praktikal. Dengan harga mampu milik dan kini pilihan warna lebih menarik, Yamaha PG-1 2026 dijangka terus menjadi antara kapcai bajet yang mendapat perhatian di pasaran tempatan.

SUMBER: Hong Leong Yamaha Motor

Auto Terkini Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) Kapcai ringan Moped adventure Yamaha PG-1 Yamaha PG-1 2026
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.