Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

Abang HirataBy Abang Hirata20/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan

PENGELUAR motosikal dari Jepun, Yamaha Motor Sales Co Ltd mengumumkan pengenalan warna baharu untuk model Yamaha NMAX 155 ABS 2026.

Skuter maksi itu ialah model Global Prestige City Commuter yang membawakan gaya inovatif dengan mewarisi DNA siri MAX yang sangat popular di Eropah dan Jepun. Yamaha NMAX 155 ABS 2026 dijadualkan menemui peminat di Jepun bermula 26 Februari 2026.

Variasi Warna, Rekabentuk Estetik

Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 hadir dalam tiga pilihan warna baharu yang memberikan imej berbeza melalui kemasan bergaya seperti berikut:

  • Silver (perak): Warna perak baharu ini khas untuk Yamaha NMAX 155 ABS sahaja.
  • Ia menggunakan kemasan semi kilat dengan kecerahan tinggi bagi menyerlahkan tekstur metalik dan menekankan siluet pada badan motosikal untuk memberikan imej yang bergaya dan urban
  • Matte Dark Gray (kelabu gelap kusam): Ini warna jenama baharu bagi siri MAX yang membawa imej premium dan berkualiti tinggi.
  • Ia warna metalik yang mendalam dengan tekstur mewah, iaitu warna yang sama seperti digunakan pada enjin model kuasa tinggi seperti MT-09.
  • Blue (biru): Warna ini kali pertama diperkenalkan untuk siri NMAX di pasaran domestik Jepun. Pilihan warna ini bertujuan mengekspresikan sisi sporty dan memberikan gambaran prestasi tinggi.

Teknologi Transmisi YECVT

Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan

Transmisi Variabel Berterusan Elektrik (Yamaha Electric Continuously Variable Transmission, YECVT)  menawarkan kawalan lebih pintar berbanding skuter konvensional menerusi:

  • Kawalan Elektronik: Melaras nisbah anjakan turun CVT secara masa nyata berdasarkan kelajuan sudut terotel, bukaan terotal, kelajuan skuter dan kadar rev enjin
  • Mekanisme Motor DC: Arahan dihantar kepada motor DC yang bertindak mengawal kedudukan puli (pulley) CVT melalui gear turun dan aci (cam) skru
  • Sensasi Manual: Teknologi ini membolehkan penunggang merasai sensasi tunggangan seperti motosikal transmisi manual mengikut kehendak penunggang

Mod Tunggangan, Kawalan Turun Gear (Shift Down)

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 dilengkapi dua mod tunggang dan fungsi anjakan gear manual bagi memberikan kepelbagaian pemanduan:

  • Pilihan Mod Tunggang: Mod T (Town) dilaras untuk pemanduan lancar dalam bandar manakala Mod S (Sport) menawarkan respons lebih tajam untuk jalan luar bandar
  • Butang SHIFT: Terletak pada hendal kiri, membolehkan penunggang menurunkan gear secara manual sehingga tiga tahap untuk mendapatkan kesan brek enjin
  • Pecutan Pintar: Sistem YECVT mampu mengesan bukaan terotel secara mengejut untuk mengaktifkan fungsi shift down secara automatik bagi memudahkan proses memotong kenderaan

Trenkuasa Blue Core

Logo Yamaha NMAX 155
Yamaha Blue Core logo

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 dikuasakan unit enjin yang menumpukan kepada kecekapan pembakaran tinggi, penyejukan optimum dan pengurangan kehilangan kuasa:

  • Spesifikasi Enjin: 4-lejang 155cc penyejukan cecair SOHC 4-injap dengan teknologi VVA dan suntikan bahan api (FI)
  • Pengurangan Geseran: Penggunaan penegang rantai aci (cam chain tensioner) jenis hidraulik membantu mengurangkan geseran mekanikal bagi meningkatkan kecekapan
  • Sistem Pintar: Dilengkapi Smart Motor Generator (SMG) untuk penghidup enjin yang senyap dan sistem mula henti Start and Stop bagi mengurangkan penggunaan bahan api ketika berhenti

Ciri Keselamatan, Keselesaan

Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan

Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan atas pelbagai permukaan jalan, beberapa ciri utama diterapkan pada Yamaha NMAX 155 ABS 2026:

  • Kawalan Traksi: Mengurangkan risiko gelinciran roda belakang ketika memulakan perjalanan atau memecut atas jalan licin
  • Struktur Frem: Menggunakan frem utama 60.5mm dan tiub bawah frem (down tube) 45mm untuk ketegaran tinggi bagi pengendalian lincah
  • Suspensi: Suspensi depan fork teleskopik  dengan ciri oil lock, dan dwi-absorber (belakang) dengan jarak travel mencukupi untuk menjamin keselesaan walaupun membawa beban berat
  • Ruang Simpanan: Kapasiti bawah pelana 23 liter mampu memuatkan helmet dan dilengkapi penahan pelana serta dua cangkuk helmet

Konektiviti, Paparan Digital

Panel meter Yamaha NMAX 155 ABS 2026 direka untuk memberikan maklumat jelas dan interaksi moden bersama pemilik:

  • Sistem Paparan Dua Bahagian: Menggunakan panel meter TFT warna 4.2 inci untuk maklumat multimedia dan skrin LCD 3.2 inci untuk spidometer serta odometer
  • Indikator Warna: Mod tunggang dipaparkan dalam warna Biru untuk Mod T dan Merah (Mod S) untuk memudahkan pemantauan ketika menunggang
  • Aplikasi Y-Connect: Membolehkan pemilik melihat notifikasi panggilan, mesej, cuaca, log tunggangan dan saranan waktu penyelengaraan terus pada panel meter

Harga, PengeluaranYamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 ditawarkan di Jepun pada harga 459,800 yen (RM11,760). Skuter itu dikeluarkan dari kilang PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing.

Spesifikasi Teknikal NMAX 155 ABS

  • Trenkuasa: Enjin G3V4E 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair
  • Output Kuasa: 14.7hp @ 8,000rpm, dan tork 14Nm @ 6,500rpm
  • Dimensi: Panjang 1,935mm, lebar 740mm, dan tinggi 1,200mm
  • Tinggi pelana: 770mm
  • Jarak Tinggi Bumi: 125mm
  • Berat: 135kg
  • Kapasiti Tangki Petrol: 7.1 liter
  • Saiz Tayar: Tiubles 110/70 13M/C 48P (depan), dan tiubles 130/70 13M/C 63P (belakang)
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
roda2 skuter skuter maksi skuter yamaha Yamaha YAMAHA Motor Sales Co Ltd Yamaha NMAX Yamaha NMAX 155 ABS Yamaha NMAX 155 ABS 2026
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.