Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Lexi 125 Rasmi Lancar di Indonesia – Harga Rp20 Juta (RM5,800)
Auto Terkini

Yamaha Lexi 125 Rasmi Lancar di Indonesia – Harga Rp20 Juta (RM5,800)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/01/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU saja kami melaporkan berita tentang Yamaha Lexi, pengedar rasmi jenama itu di Indonesia, Yamaha Indonesia Motor baru tadi melancarkan skuter maksi tersebut dengan siap menampilkan Valentino Rossi dan Maverick Vinales sebagai jemputan khas. Di Malaysia jika mahu memaksa Rossi turun padang, acara itu kenalah dibuat pada musim perlumbaan MotoGP.

Kehadiran Yamaha Lexi, juga dipanggil adik NMAX, dengan ciri moden itu menjadi pelengkap kepada barisan famili Yamaha Maxi lain, antaranya TMAX, XMAX, NMAX dan AEROX155. Dengan konsep ‘High-Value Utility Commuter Model’, Lexi menawarkan ciri praktikaliti dan penampilan menarik buat pelanggan. Di Indonesia model berkenaan ditawarkan dalam dua pilihan varian: Lexi dan Lexi S.

BACA >>> Yamaha Lexi 125, Skuter Kecil Menyengat yang Bakal Gegar Indonesia

Namun, kemunculan skuter maksi itu ke pasaran Malaysia masih samar. Ataupun maksud tersurat dan straight to the point, dalam mimpi. Jadi, baca dulu 4 perkara tentang Lexi.

1. Banyak Ciri Moden dan Praktikal

Lexi dilengkapkan segudang ciri moden yang mampu membuatkan tunggangan jadi lebih mudah, selesa dan selamat seperti:

  • Lampu depan LED  lebih terang – sesuai untuk tunggangan siang dan malam.
  • Soket elektrik untuk mengecas telefon pintar.
  • Tayar tanpa tiub atau tubeless dengan tapak lebar – menjanjikan kestabilan tunggangan maksimum.
  • Ruang storan luas – boleh simpan banyak jenis barang.
  • Lampu bahaya jika berlaku kecemasan.

Berikut ciri tambahan untuk varian Lexi S:

  • Sistem Kunci Pintar – skuter boleh dihidupkan tanpa perlu menggunakan kunci.
  • Ciri imobiliser dan Sistem Jawab Semula (Answer Back System) – untuk sekuriti dan keselamatan.
  • Suspensi belakang subtank dan sulaman pada pelana.

2. Harga dan Warna

Berdasarkan maklumat laman web Yamaha Indonesia, cuma harga Lexi didedahkan, manakala varian Lexi S dijangka diumumkan kemudian. Apapun, masih tiada harga tepat, hanya terpapar harga cadangan, iaitu bawah Rp20 juta (RM5,800). Lumayan mahal gak, donk?

BACA >>> Yamaha NMAX dengan 2 Warna Baharu – Harga Kekal, Tapi Sampai Kedai Kami Tak Jamin!

Pilihan warna pula ialah putih, merah matte dan kelabu matte, manakala Lexi S menawarkan warna khas: biru matte, kelabu matte dan gangsa.

3. Badan dan Rekabentuk Moden

Lexi memiliki rekabentuk badan dengan ciri khas skuter maksi Yamaha menerusi ruang alas kaki luas dan saiz pelana panjang. Berat juga jauh lebih ringan berbanding adik beradik maksi lain. Lampu depan Grand LED membuat profil Lexi nampak ada kelas. Spidometer dalam versi digital dan informatif.

4. Enjin Baharu Jimat

Yamaha Lexi dipasangkan enjin Blue Core 125cc LC4V dengan teknologi Aktuasi Injap Variabel (Variable Valve Actuation – VVA) yang memberikan kilasan tork seimbang pada setiap putaran enjin. Lexi turut dilengkapi Generator Motor Pintar (Smart Motor Generator – SMG) yang menghasilkan bunyi ringkikan motor lebih halus ketika dihidupkan.

Sistem mula-henti (start-stop) pula menawarkan penjimatan minyak lebih ekonomi. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti lebih 5 saat. Cara menghidupkan semula adalah dengan hanya memulas terotel.

SPESIFIKASI

ENJIN: SOHC, 4-lejang, silinder tunggal, penyejukan cecair
TRANSMISI: Automatik V-belt
SISTEM BAHAN API: Suntikan bahan api
SESARAN: 124.7cc
KUASA MAKSIMUM: 8.75kW (11.73hp) @ 8000rpm
TORK MAKSIMUM: 11.3Nm @ 7000rpm
GEREK x LEJANG: 52 x 58.7 mm
SAIZ (Panjang x Lebar x Tinggi): 1,970mm x 720mm x 1,135mm
JARAK RODA: 1350 mm
JARAK KELEGAAN TANAH: 133 mm
TINGGI PELANA: 785 mm
BERAT: 112 kg
KAPASITI TANGKI: 4.2 liter
JENIS FREM: Underbone
SUSPENSI: Fork teleskopik (depan); Unit Swing (belakang)
TAYAR: 90/90-14M/C 46P (depan); 100/90-14M/C 57P (belakang)
BREK: Cakera (depan); Dram (belakang)

GALERI

HLYM Hong Leong Yamaha Motor Lexi N-Max Pelancaran PT. Yamaha Indonesia Motor Mfg roda2 skuter maxi Yamaha Yamaha Indonesia Yamaha Indonesia Motor Yamaha Lexi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen Atlas 2027, Rekabentuk Tegap 8 Tempat Duduk, 2.0L Turbo, Varian Hibrid Hanya Tiba Kemudian

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026

    2 Comments

    1. darell goh on 30/08/2018 11:07

      malaysia adakah model ini?

      Reply
    2. darell goh on 30/08/2018 11:12

      bila yamaha lexi boleh masuk ke malaysia?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.