Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Jepun Lancar TMAX 560 Mei Ini, Lebih Senyap dan Berkuasa, Harga Mula RM51k
Roda2

Yamaha Jepun Lancar TMAX 560 Mei Ini, Lebih Senyap dan Berkuasa, Harga Mula RM51k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Co Ltd (Yamaha Japan) mengesahkan dua varian TMAX 560 dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei ini sebagai produk pengganti kepada siri TMAX 530.

Dua varian itu, TECH MAX ABS dan standard ABS direka berasaskan konsep ‘MAX Sophisticated’ (sofistikated maksimum?) dan memenuhi standard emisi Euro5 dan pernah ditayangkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 di Itali.

Skuter sport ini menerima penambahbaikan dalam aspek rekabentuk dan mekanikal untuk meningkatkan keselesaan, imej lebih anggun dan prestasi bertenaga. Enjin dwi silinder 561cc DOHC yang dipasangkan pada TMAX 560 ini menyaksikan peningkatan kuasa 3.5 peratus ,iaitu daripada 45.3hp @ 6,750rpm kepada 46.9hp @ 7,500rpm dengan tork 56Nm @ 5,250rpm.

BACA >>> Jepun Dapat Yamaha TMAX 530 DX, TMAX 530 SX (2019) Warna Baharu

Yamaha khabarnya menala trenkuasa TMAX 560 supaya lebih senyap dengan menggurangkan kesan getaran enjin selain mempercepatkan masa pecutan.

Bahagian depan skuter ini menerima pembaharuan minimum seperti reflektor asal yang kini lebih tajam, lampu signal belok tirus dan menggunakan teknologi LED. Rekabentuk lampu utama kekal, tetapi dipasangkan empat lampu LED.

Susun atur lampu belakang nampak menarik untuk sebuah skuter dan tidak lagi meneruskan gaya ala sportbike. Set lampu belakang kini menggunakan konsep huruf ‘T’ dengan teknologi LED. Kedua-dua varian dilengkapkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Melihatkan dimensi badan, YMAX 560 memiliki panjang 2,200mm, lebar 765mm dan tinggi 1,420mm, manakalaberatnya 218kg. Ada juga dua mod tunggangan, iaitu ‘T’ untuk fokus pengendalian lebih mudah di kawasan bandar atau ‘S’ untuk menumpukan aspek kuasa dan tunggangan sport. Tambahan lain ialah kawalan traksi dan sistem kunci pintar.

BACA >>> Yamaha TMAX SX Sport Edition Kini dengan Ekzos Akrapovic (Eropah Sahaja)

TMAX 560 TECH MAX pula menawarkan lima ciri tambahan berbanding varian standard:

  • Sistem kawalan jelajah
  • Visor angin boleh laras elektrik
  • Pemanas grip tangan
  • Pemanas pelana utama
  • Sistem suspensi belakang boleh laras

WARNA

  • ABS – Matte Blueish Gray Metallic 3 (kelabu kusam)
  • TECH MAX – Mattte Dark Gray mMetallic 8 (kelabu gelap) dan Matte Dark Gray Metallic A (kelabu kusam)

HARGA JUALAN

  • ABS – 1,276,000 yen (RM51,004)
  • TECH MAX ABS – 1,419,000 yen (RM56,720).
GALERI

SUMBER: Yamaha | OtomotifNet

roda2 skuter skuter maksi skuter sport Yamaha Japan Yamaha Motor Co. Ltd Yamaha TMAX Yamaha TMAX 560
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.