Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Indonesia Tidak Mahu Kalah, Turut Berikan Grafik dan Warna Baharu YZF-R25
Auto Terkini

Yamaha Indonesia Tidak Mahu Kalah, Turut Berikan Grafik dan Warna Baharu YZF-R25

AryonBy Aryon26/11/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGIKUT jejak langkah Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Malaysia, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) turut tidak mahu ketinggalan melancarkan grafik dan warna baharu bagi model YZF-R25 supaya tampak lebih agresif dan segar bugar yang terdiri daripada Deep Purplish Blue (biru), Metalic Black (hitam), dan Silver Black (hitam-perak).

Grafik ‘Deep Purplish Blue’ menggabungkan kombinasi warna biru dan hitam, dengan tulisan R25 pada fairing motor, manakala ‘Metalic Black’ tampil dengan strip merah, dan diikuti ‘Silver Black’ yang jauh lebih menonjol menerusi grafik kuning yang sepadan warna rim.

Motosikal sportbike itu masih mengekalkan enjin 250cc penyejukan cecair, DOHC, 8-valve, 2-silinder dan transmisi 7-kelajuan, termasuk ciri-ciri sedia ada seperti dua lampu utama predator, lampu belakang LED penuh, spidometer dengan lampu pemasa anjakan (shift timing light), mufler ekzos mid ship, rim aloi dan tayar lebar, serta frem berlian (diamond-type) yang ringan.

PERBEZAAN MALAYSIA

Di Malaysia, R25 menerusi HLYM didatangkan dalam dua warna sahaja, biru dan hitam yang mana versi hitam hampir mirip warna ‘Metallic Black’ versi Indonesia dengan strip merah. Spesifikasi pula 100 peratus sama.

BACA >>> Yamaha YZR-R25 Terima 2 Warna Baharu – Lebih Menarik & Garang

Perbezaan lain ialah pembeli Indonesia turut ditawarkan varian R25 versi Movistar, dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci). Begitu juga perbezaan harga yang mana R25 Indonesia varian standard berharga Rp56,200,000 (RM17,107); Movistar – Rp56,800,000 (RM17,289) dan ABS – Rp62,200,000 (RM18,933). R25 Malaysia pula cuma satu varian dan berharga RM20,630.78. Malangnya, harga itu sekadar di atas kertas sahaja ketika dilancarkan dan apabila sudah sampai ke kedai, harganya hampir pasti berubah menjadi lebih mahal mengikut selera tuan punya kedai. Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Kenapa begitu syaitan sekali perangai tauke-tauke motosikal kita?

HLYM Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) sportbike Yamaha Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) Yamaha YZF-R25
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Anwar Inbrahim, PM Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Seliter

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.