Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Exciter Aniversari ke-20 Sempena Rai Ulang Tahun Operasi di Vietnam
Roda2

Yamaha Exciter Aniversari ke-20 Sempena Rai Ulang Tahun Operasi di Vietnam

AryonBy Aryon08/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK lama selepas dilancarkan Yamaha Vietnam melancarkan warna baharu Exciter (Y15ZR di Malaysia) sempena ulang tahun ke-20 pengeluar itu beroperas di negara tersebut dengan harga 48 juta dhong (RM8,600), sama seperti versi Movistar dan lebih premium.

BACA >>> Yamaha Exciter 150 (Y15ZR Versi Vietnam) Lancar – Honda Winner Mula Risau

Selain Exciter, ada dua model lain yang turut mendapat sentuhan khas sempena aniversari ke-20 itu, iaitu Sirius dan NVX.

Exciter versi ulang tahun itu ditampilkan dengan warna putih-kelabu dengan gabungan biru firus (turquoise) pada lampu utama dan hendal belakang. Fairing depan diserikan dengan strip dekal dekoratif, manakala sisi motosikal ditambah logo aniversari ke-20. 

Secara teknikal, motosikal itu tiada beza dengan versi standard sedia ada. Masih lagi memiliki lampu utama LED penuh dalam 3 kluster, dengan lampu tengah untuk suluhan dekat berserta mod iluminasi 3 tetapan. Atas kertas, Exciter ialah pesaing kuat kepada Honda Winner (RS150R). Ketika diperkenalkan, antara penambahbaikan dibuat ialah penggunaan tayar depan 90/80 dengan rim 17 inci di depan dan belakang.

Panel meter kini bercirikan digital penuh berbanding digital-analog untuk versi lama, dengan memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, odometer dan takometer, serta bar minyak. Dimensi pula menawarkan panjang 1,985mm, lebar 670 mm, tinggi 1,100mm dan berat 117kg, iaitu lebih panjang, rendah dan berat berbanding model lama. Tinggi pelana ialah 795mm.

BACA >>> Siapa Menang? Lumba Drag Yamaha Y15ZR vs Honda RS150R (Versi Vietnam)

Nadi kuasa yang menjadi Exciter baharu ini ialah enjin silinder tunggal 149.7cc SOHC dengan output maksimum 15.1hp @ 18,500rpm dan tork maksimum 13.8Nm @ 7,000rpm yang dipacu dalam kotak gear manual 5-kelajuan. Tiada naik taraf signifikan dibuat hingga mengundang keluhan di kalangan pembeli di Vietnam kerana harga jualan meningkat hingga 2 juta dong (RM360). Tidaklah banyak, kalau dibanding tauke kedai motor di Malaysia. Mmm…

GALERI

SUMBER: Zing.vn

Kapcai Moped super moped Vietnam Yamaha Yamaha Exciter (2018) Yamaha Exciter Aniversari ke-20 Yamaha Vietnam Yamaha Y15ZR
Aryon

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.