• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Anjur Program Vaksin Percuma, Siap Beri Baucar Rebat

Yamaha Anjur Program Vaksin Percuma, Siap Beri Baucar Rebat

August 3, 2021 By Aryon Leave a Comment

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM musim pandemik Covid-19, apa yang kerap kita baca dan dengar mengenai pengeluar automotif adalah inisiatif merkea menghasilkan barangan cegah penularan virus seperti pelitup muka, pelindung muka dan cacair sanitasi tangan.

Ada juga pengeluar yangmenghasilkan kenderaan khas untuk dijadikan pengangkutan membawa pesakit atau dijadikan pusat suntikan vaksin bergerak.

BACA >>> BRIDE Hasilkan Pelitup Muka Guna Perca Fabrik Kerusi Kereta, Harga RM120
BACA >>> Toyota Hasilkan 'Shodoku Taishi', Alat Sanitasi Bebas Tangan Tanpa Sentuhan

Namun, lain pula dengan Yamaha Indonesia Motor (YIM), pengeluar motosikal itu mengambil inisiatif memberikan suntikan vakjsin percuma kepada orang ramai dalam usahah meningkatkan peratusn imuniti kelompok dalam kalangan penduduk negara tersebut.

Kerjasama vaksinasi percuma itu melibatkan kerjasama antara YIM dan jabatan kesihatan daerah Jakarta Timur, jabatan buruh daerah Jakarta Timur di mukim Cakung dan Puskesmas (klinik kesihatan) Cakung.

Program vaksinasi itu berlangsung pada 22, 23, 26, 27,28 Juli dan 5, 6, 9, 11, 12 Ogos ini.

Menurut YIM, program itu adalah antara bentuk sokongan Yamaha kepada pemerintah dalam menghentikan penularan virus Covid-19. Justeru program dikemas kini lebih menarik supaya pengambil vaksin tidak bosan sepanjang menunggu seperti pemberian baucar motosikal bernilai 500,000 rupiah (RM147).

Bukan hanya vaksin percuma, salin baucar, YIM juga menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta vaksin seperti kemeja-t, bekas air dan cerderamata lain. Peserta juga berpeluang melihat pameran motosikal kustom, aksesori Yamaha dan jelajah servis Yamaha.

Peserta yang sudah divaksin pula dapat berkongsi pengalaman di media sosial masing-masing dengan bergambar di reruai foto dengan konsep menarik, dan layak mendapat saguhati jika berkongsi foto mereka ke Instagram @YamahaJabodetabek.id dan menulis tanda pagar #YamahaDay2021Jabodetabek #AyoVaksinBarengYamaha.

Kemudian, peserta beruntung akan mendapatkan aksesori eksklusif Yamaha berupa T-shirt dan bekas air.

BACA >>> Krisis Oksigen: Suzuki India Henti Operasi Kilang Untuk Bantu Pesakit Covid-19
BACA >>>  Proton Kongsi 3 Tip Jaga Kebersihan Kereta Elak Covid-19

SUMBER: AutonetMagz | InstagramYamaha

Artikel Berkaitan

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Program Vaksin, Vaksin, Yamaha Indonesia Motor (YIM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my