Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!
Auto Terkini

Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!

Abang HirataBy Abang Hirata03/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

XIAOMI secara rasmi melancarkan Xiaomi SU7 generasi baharu (2026) dengan jurang masa yang tidak berapa jauh selepas diperkenal pada Disember 2023. Dikenali sebagai The Driver’s Car for a New Era, sedan elektrik yang diperkenalkan pada  ini tersedia dalam tiga varian iaitu Standard, Pro dan Max.

Model ini membawakan peningkatan komprehensif merangkumi aspek keselamatan, pengendalian yang mantap, konektiviti interaktif dan mutu premium untuk keselesaan kelas tinggi.

Identiti Ikonik dan Reka Bentuk Luaran

Xiaomi SU7 generasi baharu mengekalkan dimensi asal sebagai sebuah sedan mewah segmen-C dengan perincian yang dipertingkat serta pilihan personalisasi yang lebih tinggi.

  • Dimensi: Panjang 5,000 mm, lebar 2,000 mm, serta jarak roda 3,000 mm.
  • Pilihan Warna: 9 pilihan warna luaran termasuk warna asal yang popular (Mineral Gray, Pearl White, Brilliant Magenta, Radiant Purple) dan warna daripada model lain (Obsidian Black dari SU7 Ultra serta Dawn Pink dari YU7).
  • Warna Baharu: Tiga warna baharu diperkenalkan iaitu Coastal Blue (serpihan aluminium biru dan pigmen nano), Blazing Red (kesan kilauan tiga dimensi), dan Viridian Green (menggunakan partikel mutiara malakit asli dan lapisan asas hitam arang buluh).
  • Sistem Aerodinamik: Gril kemasukan udara baharu dengan reka bentuk lebih kemas dan sporty, menampilkan perumah dekoratif berbentuk-C yang lebih besar serta saluran penyejukan brek yang lebih lebar.
  • Integrasi Radar: Radar gelombang milimeter 4D kini disepadukan secara kemas di dalam gril untuk meningkatkan aerodinamik dan intelligent sensing capabilities.
  • Pilihan Rim: 6 pilihan tersedia, termasuk tiga rekaan baharu iaitu 19-inci Diamond Cut, 20-inci Blade, dan 21-inci Forged Dual Plum Blossom yang menjalani pemesinan selama 13 jam untuk menghasilkan tekstur dragon-scale. Rim 20-inci (Plum Blossom & Mi-shaped) serta 21-inci Sport turut dikekalkan.
  • But Hadapan Elektrik: Kapasiti 105 liter yang memuatkan beg pakaian saiz 20-inci (carry-on suitcase) dan menyokong 8 kaedah pembukaan termasuk arahan suara XiaoAi (dalaman & luaran), aplikasi Xiaomi EV, widget, kunci kawalan jauh (remote key fob) dan kawalan kedekatan UWB.

Kabin dan Keselesaan Premium

Bahagian kabin menerima rombakan menyeluruh melalui penggunaan bahan premium yang diperakui OEKO-TEX® Standard 100 dan kemasan lembut pada hampir 100% permukaan sentuhan kekerapan tinggi.

  • Susun Atur Konsol: Rekaan simetrik sepenuhnya pada konsol tengah untuk meningkatkan kebolehlihatan dan kemudahan operasi bagi pemandu serta penumpang hadapan.
  • Kemasan Stereng: Dibalut dengan kulit Nappa dan diperincikan dengan kemasan krom serta butang electroplated untuk maklum balas taktil yang lebih mewah.
  • Pilihan Warna: Menawarkan dua pilihan warna baharu iaitu Midnight Black dan Cream Beige, selain warna klasik Twilight Red dan Mist Purple.
  • Pencahayaan Ambien: Jalur cahaya sepanjang 3,636 mm dengan reka bentuk tiga lapisan yang menyokong tetapan dua-tona serta penyelarasan masa nyata dengan muzik dan mod pemanduan.
  • Kerusi Hadapan: Fungsi pengudaraan dan pemanasan adalah standard. Kerusi pemandu dilaras elektrik 18-arah dengan sokongan sisi aktif dan penyokong kaki elektrik 60 mm. Kerusi penumpang pula mempunyai pilihan konfigurasi zero-gravity 123 darjah.
  • Kerusi Belakang: Sudut sandaran sehingga 121 darjah dengan tambahan 20 mm busa kerusi dan penyandar kepala berbentuk cekung yang dioptimumkan untuk tidur.
  • Penebat Bunyi dan Haba: Kaca akustik berlapis pada semua empat pintu. Varian Max menampilkan Ultra-Quiet Cabin yang mengurangkan bunyi sebanyak lebih 4 dB melalui kaca PVB dan bahan kalis bunyi berketumpatan tinggi. Cermin hadapan salutan tiga lapisan perak dan cermin bumbung salutan dua lapisan perak adalah ciri standard, manakala varian Max turut dilengkapi dual-zone silent EC dimming roof yang membolehkan kawalan kecerahan berasingan antara zon hadapan dan belakang dalam masa 2 minit.
  • Ciri Tambahan: Peti sejuk jenis laci dengan pemampat bebas (mod Silent, Standard, Performance) serta sistem wangian tiga bau eksklusif daripada jenama Documents. Kabin juga kini dilengkapi 9 poin magnetik baharu yang menyokong pelbagai aksesori pintar secara plug-and-play, termasuk cagak skru 1/4-inci dengan hantaran kuasa 27W serta sokongan untuk kamera gimbal 4K.

Trenkuasa dan Kecekapan Tenaga

Kesemua model kini dilengkapi dengan motor elektrik dan peningkatan pada platform voltan tinggi bagi memberikan prestasi serta jarak gerak yang lebih jauh.

  • Motor Elektrik: Xiaomi HyperEngine V6s Plus dengan kelajuan putaran maksimum 22,000 rpm.
  • Seni Bina Elektrik: Platform 752V (Standard & Pro) dan platform 897V (Max).
  • Output Kuasa: 220 kW (299 ps) bagi Standard, 275 kW (374 ps) bagi Pro, dan 495 kW (673 ps) bagi Max.
  • Tork Maksimum: 400 Nm (Standard), 500 Nm (Pro), dan 838 Nm (Max).
  • Prestasi: Pecutan 0-100 km/j sepantas 3.08 saat dengan kelajuan maksimum 265 km/j (varian Max).
  • Jarak Gerak (CLTC): 720 km (Standard), 902 km (Pro) dan 835 km (Max).
  • Kecekapan: Penggunaan tenaga gabungan serendah 11.7 kWj/100 km.
  • Pengecasan Pantas: Jarak gerak 670 km dalam masa 15 minit pada kadar puncak 5.2C (Max). Masa pengecasan 10-80% SoC adalah sepantas 12 minit bagi varian Max dan 18 minit bagi varian Standard serta Pro.

Dinamik Pemanduan Xiaomi Smart Chassis 2.0

Sistem Xiaomi Smart Chassis 2.0 membawakan evolusi pada aspek perkakasan dan perisian bagi menjamin mutu pemanduan yang lebih mantap merentasi pelbagai keadaan jalan.

  • Sistem Suspensi: Bahagian depan jenis double wishbone dan belakang bebas lima pautan dengan pegas udara dua sisi dan kawalan redaman berterusan (CDC).
  • Pelarasan Ketinggian: Ketinggian suspensi dilaras dalam empat tahap dengan julat keseluruhan 50 mm (-20 mm hingga +30 mm) berdasarkan memori lokasi GPS.
  • Sistem Stereng: Nisbah 12.5:1 dengan diameter pusingan 11.4 meter untuk pengendalian lincah di bandar.
  • Sistem Brek: Angkup tetap dua sisi empat piston di hadapan untuk semua model. Varian Max mampu melakukan 40 kali pemberhentian 100-0 km/j berturut-turut tanpa pudar.
  • Kawalan Pintar: Wet Road AI Detection melaras agihan tork AWD secara automatik dan mengehadkan brek regeneratif. Motion Sickness Relief Mode turut disertakan untuk mengurangkan rasa mual penumpang.

Teknologi Pintar dan Keselamatan

Xiaomi menyepadukan modul kawalan domain empat-dalam-satu yang menyepadukan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan NVIDIA DRIVE AGX Thor.

  • Sistem Bantuan Pemanduan: Senibina XLA membolehkan kawalan suara untuk penukaran lorong, pelarasan laju, serta navigasi tahap petak parkir di dalam garaj komersial.
  • Penderia: LiDAR, radar gelombang milimeter 4D, 11 kamera HD (dengan salutan ALD anti-silau dan basuhan tekanan tinggi 2.5 bar), dan 12 radar ultrasonik.
  • Transparency Mode: Ciri keselamatan baharu yang membolehkan komunikasi antara ruang kabin dan luar kenderaan melalui penembusan bunyi omnidimensi tanpa perlu menurunkan tingkap, selain memberikan amaran kedudukan 3D bagi mengenal pasti arah bahaya.
  • Struktur Badan: Struktur badan kenderaan dibina menggunakan keluli kekuatan ultra-tinggi 2,200 MPa dan aloi aluminium sebanyak 90.3%, serta diperkukuh dengan struktur pelindung ‘roll cage‘ bersepadu dari tiang-A hingga ke tiang-C.
  • Keselamatan Bateri: Penarafan ASIL-D dengan pemutusan kuasa kecemasan dalam 4 milisaat dan rasuk silang anti-calar 1,500 MPa serta salutan kalis peluru (bulletproof coating).
  • Sistem Escape: Mekanisme kabel mekanikal pada pintu dan bekalan kuasa sandaran membolehkan pintu dibuka dari dua sisi walaupun bateri 12V terputus.
  • Mod Pemilik & Sentry: Owner Management Mode untuk mengehadkan output kuasa dan laju maksimum. Sentry Mode pula kini 40% lebih jimat tenaga berbanding versi terdahulu.

Harga Xiaomi SU7 2026

Xiaomi SU7 ditawarkan dalam tiga pilihan varian utama bagi memenuhi keperluan segmen pengguna yang berbeza.

Varian permulaan iaitu Xiaomi SU7 Standard dijual pada harga RMB 219,900 (RM128,861), manakala varian pertengahan Xiaomi SU7 Pro pula ditawarkan pada harga RMB 249,900 (RM146,441).

Bagi varian tertinggi yang menawarkan prestasi paling ekstrem, Xiaomi SU7 Max boleh dimiliki pada harga RMB 303,900 (RM178,085).

Spesifikasi Utama Xiaomi SU7 2026

  • Varian: Xiaomi SU7 Standard, Pro, Max
  • Trenkuasa: Motor elektrik tunggal (Standard/Pro), dwi-motor AWD (Max)
  • Unit Kuasa: Xiaomi HyperEngine V6s Plus (22,000 rpm)
  • Output Kuasa: 220 kW (299 ps) / 275 kW (374 ps) / 495 kW (673 ps)
  • Tork Maksimum: 400 Nm / 500 Nm / 838 Nm
  • Prestasi 0-100 km/j: 5.28 saat (Standard), 4.78 saat (Pro), 3.08 saat (Max)
  • Kelajuan Maksimum: 210 km/j (Standard/Pro), 265 km/j (Max)
  • Jarak Gerak (CLTC): 720 km / 902 km / 835 km
  • Teknologi Bateri: Integrasi CTB (Cell-to-Body)
  • Seni Bina Elektrik: Platform 752V (Standard & Pro) / Platform 897V (Max)
  • Pengecasan (10-80% SoC): 18 minit (Standard & Pro) / 12 minit (Max)
  • Kecekapan Tenaga: 11.7 kWj/100 km
  • Pekali Seretan: 0.195 Cd
  • Dimensi Luaran: 5,000 mm (P) x 2,000 mm (L) x 1,440 mm (T)
  • Jarak Roda: 3,000 mm
  • Kapasiti But: 105 liter (depan), 517 liter (belakang)
  • Berat: 1,980 kg / 2,020 kg / 2,205 kg
  • Sistem Brek: Angkup tetap empat piston, jarak brek 100-0 km/j dalam 33.3 meter (Max)
  • Sistem Suspensi: Double wishbone (depan), Five-link (belakang), CDC, Air Suspension
  • Sistem Operasi: Xiaomi HyperOS (Cip Snapdragon 8 Gen 3)
  • Bantuan Pemanduan: NVIDIA DRIVE AGX Thor, LiDAR, 4D Radar, 11 Kamera HD
Xiaomi Xiaomi SU7
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Urban Cruiser EV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    02/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026
    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota bZ4X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM220,000!

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.