
XIAOMI secara rasmi melancarkan sedan elektrik, Xiaomi SU7 2026 generasi baharu walaupun jurang masa tidak berapa jauh selepas diperkenal pada Disember 2023.
Dikenali sebagai The Driver’s Car for a New Era, sedan elektrik baharu yang diperkenalkan itu tersedia dalam tiga varian: Standard, Pro dan Max.
Sedan itu membawakan peningkatan komprehensif merangkumi aspek keselamatan, pengendalian mantap, konektiviti interaktif dan mutu premium untuk keselesaan kelas tinggi.
Identiti Ikonik, Rekabentuk Luaran
Xiaomi SU7 2026 generasi baharu mengekalkan dimensi asal sebagai sedan mewah segmen-C dengan perincian dipertingkat, dan pilihan personalisasi lebih tinggi.
- Memiliki dimensi panjang 5,000mm, lebar 2,000mm, dan jarak roda 3,000mm
- Ada sembilan pilihan warna luaran, seperti warna asal popular – Mineral Gray (kelabu), Pearl White (putih), Brilliant Magenta (merah ungu), Radiant Purple (ungu) dan warna model lain seperti Obsidian Black (hitam ) daripada SU7 Ultra dan Dawn Pink (merah jambu) daripada YU7.
- Ada tiga warna baharu: Coastal Blue (serpihan aluminium biru dan pigmen nano), Blazing Red (kesan kilauan 3D), dan Viridian Green (partikel mutiara malakit asli dan lapisan asas hitam arang buluh)
- Sistem aerodinamik gril ambilan udara baharu dengan rekabentuk lebih kemas dan sporty yang menampilkan perumah dekoratif bentuk-C lebih besar, dan saluran penyejukan brek lebih lebar
- Integrasi radar gelombang-milimeter (mm) 4D kini disepadu kemas di dalam gril untuk meningkatkan aerodinamik dan keupayaan sensor pintar.
- Ada enam pilihan rim, seperti tiga rekabentuk baharu, iaitu Diamond Cut 19 inci , Blade 20 inci , dan Forged Dual Plum Blossom 21 inci yang dimesin 13 jam untuk menghasilkan tekstur skala naga (dragon-scale).
- Rim Plum Blossom dan Mi-shaped 20 inci, serta Sport 21 inci Sport turut dikekalkan
- Kapasiti bonet (frunk) 105 liter yang boleh memuatkan beg pakaian 20 inci dan menyokong lapan cara buka seperti arahan suara XiaoAi (dalam dan luar), aplikasi Xiaomi EV, widget, kunci kawalan jauh, dan kawalan proksimiti UWB.
Kabin, Keselesaan Premium
Bahagian kabin menerima rombakan menyeluruh melalui penggunaan bahan premium diperakui OEKO-TEX® Standard 100 dan kemasan lembut pada hampir 100 peratus permukaan sentuhan kekerapan tinggi.
- Susun Atur Konsol: Rekabentuk simetrik sepenuhnya pada konsol tengah untuk meningkatkan kebolehlihatan dan kemudahan operasi buat pemandu dan penumpang depan
- Kemasan Stereng: Dibalut kemasan kulit Nappa dan diperinci dengan kemasan krom dan butang disadur untuk respons taktil lebih mewah
- Pilihan Warna: Menawarkan dua pilihan warna baharu: Midnight Black (hitam) dan Cream Beige (kuning air), selain warna klasik Twilight Red (merah) dan Mist Purple (ungu)
- Pencahayaan Ambien: Jalur cahaya sepanjang 3,636mm dengan rekaan tiga lapis yang menyokong tetapan dwi-tona dan pelarasan masa nyata dengan muzik dan mod pandu
- Kerusi Depan: Fungsi pengudaraan dan pemanasan standard. Kerusi pemandu boleh laras elektrik 18-tetapan dengan sokongan sisi aktif dan penyokong kaki elektrik 60mm. Kerusi penumpang pula ada pilihan konfigurasi graviti sifar 123º
- Kerusi Belakang: Sudut sandaran sehingga 121º dengan tambahan 20mm busa kerusi dan penyandar kepala bentuk cekung yang dioptimum untuk keselesaan tidur
- Penebat Bunyi dan Haba: Kaca akustik berlapis pada semua empat pintu. Varian Max menampilkan kabin ultra senyap (Ultra-Quiet Cabin) yang mengurangkan bunyi lebih 4dB melalui kaca PVB dan bahan kalis bunyi ketumpatan tinggi
- Cermin depan disalut tiga lapis perak dan cermin bumbung disalut dua lapis perak sebagai ciri standard
- Varian Max turut dilengkapi bumbung malap senyap dwi-zon EC (dual-zone silent EC dimming roof) yang membolehkan kawalan kecerahan berasingan antara zon depan dan belakang dalam masa 2 minit
- Ciri Tambahan: Peti sejuk jenis laci dengan pemampat bebas (mod Silent, Standard, dan Performance), serta sistem wangian tiga haruman eksklusif jenama Documents.
- Kabin juga kini dilengkapi 9-poin magnetik baharu yang menyokong pelbagai aksesori pintar secara terus pasang (plug-and-play), termasuk braket skru 1/4-inci dengan hantaran kuasa 27W dan sokongan untuk kamera gimbal 4K.
Trenkuasa, Kecekapan Tenaga
Semua model Xiaomi SU7 2026 dilengkapi motor elektrik dan peningkatan pada platform voltan tinggi bagi memberikan prestasi dan jarak pandu lebih jauh.
- Motor elektrik Xiaomi HyperEngine V6s Plus dengan kelajuan putaran maksimum 22,000rpm
- Arkitektur elektrik platform 752V (Standard dan Pro) dan platform 897V (Max)
- Output kuasa 220kW (299ps) Standard, 275kW (374ps) Pro, dan 495kW (673ps) Max
- Tork 400Nm (Standard), 500Nm (Pro), dan 838Nm (Max)
- Pecutan 0 – 100kmj sepantas 3.08 saat dengan kelajuan maksimum 265kmj (Max)
- Jarak pandu (CLTC) 720km (Standard), 902km (Pro) dan 835km (Max)
- Kecekapan penggunaan tenaga gabungan serendah 11.7 kWj per 100km
- Pengecasan pantas jarak pandu 670km (15 minit) pada kadar puncak 5.2C (Max).
- Masa pengecasan 10 – 80 peratus SoC sepantas 12 minit bagi varian Max dan 18 minit (Standard, Pro)
Dinamik Pemanduan Xiaomi Smart Chassis 2.0
Sistem Xiaomi Smart Chassis 2.0 membawakan evolusi pada aspek perkakasan dan perisian bagi menjamin mutu pemanduan yang lebih mantap merentasi pelbagai kondisi jalan.
- Sistem suspensi jenis double-wishbone di depan dan independen 5-pautan (belakang) dengan spring udara dua sisi dan kawalan damper berterusan (CDC)
- Ketinggian suspensi boleh dilaras 4-tetapan dengan julat keseluruhan 50mm (-20mm hingga +30mm) berdasarkan memori lokasi GPS
- Nisbah stereng 12.5:1 dengan diameter pusingan 11.4 meter untuk pengendalian lincah di bandar
- Sistem brek dengan kaliper tetap dua sisi 4-piston di depan untuk semua model. Varian Max mampu berhenti 100 – 0kmj sebanyak 40 kali berturut-turut tanpa hilang cengkaman
- Ciri pengesan jalan basah Wet Road AI Detection berfungsi melaras agihan tork AWD secara automatik dan mengehad brek regeneratif
- Ciri mod lega Motion Sickness Relief Mode turut disertakan untuk mengurangkan rasa mual penumpang ketika berada dalam kabin
Teknologi Pintar, Keselamatan
Xiaomi SU7 2026 menyatukan modul kawalan domain 4-dalam-1 yang menyepadu cip Snapdragon 8 Gen 3 dan NVIDIA DRIVE AGX Thor.
- Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) menggunakan arkitektur XLA yang membolehkan kawalan suara untuk menukar lorong, melaras halaju, dan navigasi tahap memarkir kereta di dalam garaj komersial
- Sensor LiDAR, radar gelombang milimeter (mm) 4D, 11 kamera definisi tinggin(HD) dengan salutan ALD antisilau dan basuhan tekanan tinggi 2.5 bar, dan 12 radar ultrasonik
- Mod transparensi menjadi ciri keselamatan baharu yang membolehkan komunikasi antara ruang kabin dan luar kenderaan melalui penembusan bunyi omnidimensi tanpa perlu menurunkan tingkap, selain memberikan amaran kedudukan 3D bagi mengenal pasti arah bahaya
- Struktur badan kereta dibina menggunakan keluli kekuatan ultra-tinggi 2,200MPa dan aloi aluminium 90.3 peratus, dan diperkukuh dengan struktur sangkar oleng (roll cage) bersepadu dari pilar-A hingga pilar-C
- Keselamatan bateri mendapat rating ASIL-D dengan pemutusan kuasa kecemasan sepantas 4ms dan rasuk silang (crossbeam) anticalar 1,500MPa serta salutan kalis peluru (bulletproof coating)
- Sistem selamat (escape) menggunakan mekanisme kabel mekanikal pada pintu dan bekalan kuasa sandaran yang membolehkan pintu dibuka dari dua sisi walaupun bateri 12V terputus
- Mod pemilik dan sentri Owner Management Mode berfungsi mengehadkan output kuasa dan kelajuan maksimum. Sentry Mode kini 40 peratus lebih jimat tenaga berbanding versi terdahulu
Harga Xiaomi SU7 2026
Xiaomi SU7 2026 ditawarkan dalam tiga pilihan varian bagi memenuhi keperluan segmen pengguna berbeza. Varian aras mula, Xiaomi SU7 Standard dijual pada harga 219,900 yuan (RM128,860), manakala varian pertengahan Xiaomi SU7 Pro pula berharga 249,900 yuan (RM146,440).
Varian premium yang menawarkan prestasi paling ekstrem, Xiaomi SU7 Max boleh dimiliki pada harga 303,900 yuan (RM178,085).
Spesifikasi Utama Xiaomi SU7 2026
- Varian Standard | Pro | Max
- Trenkuasa motor elektrik tunggal (Standard | Pro), Dual-Motor AWD (Max)
- Unit kuasa Xiaomi HyperEngine V6s Plus (22,000rpm)
- Output kuasa 220kW (299ps) | 275kW (374ps) | 495kW (673ps), dan tork 400Nm | 500Nm | 838Nm
- Pecutan 0 – 100kmj sepantas 5.28 saat (Standard) | 4.78 saat (Pro) | 3.08 saat (Max)
- Kelajuan maksimum 210kmj (Standard, Pro) | 265kmj (Max)
- Jarak pandu (CLTC) 720km | 902km | 835km
- Teknologi bateri disepadu sel ke badan (Cell-to-Body, CTB)
- Arkitektur elektrik Platform 752V (Standard, Pro) | Platform 897V (Max)
- Pengecasan 10 – 80 peratus SoC 18 minit (Standard, Pro) | 12 minit (Max)
- Kecekapan tenaga 11.7kWj per 100km
- Pekali seretan Cd0.195
- Dimensi panjang 5,000mm, lebar 2,000mm, dan tinggi 1,440mm, manakala jarak roda 3,000mm
- Kapasiti muatan 105 liter (frunk), 517 liter (but)
- Berat 1,980kg | 2,020kg | 2,205kg
- Sistem brek cakera dengan kaliper tetap 4-piston, jarak brek 100 – 0kmj dalam 33.3 meter (Max)
- Sistem suspensi double-wishbone (depan) dan independan 5-pautan (belakang) dengan CDC, suspensi udara
- Sistem Operasi (OS) Xiaomi HyperOS (cip Snapdragon 8 Gen 3)
- Teknologi ADAS NVIDIA DRIVE AGX Thor, LiDAR, radar 4D, dan 11 kamera HD


















































