Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Teruja X70 Jadi Kereta Polis, Netizen Malaysia Gegar Komen Facebook Proton Kenya
Auto Terkini

Teruja X70 Jadi Kereta Polis, Netizen Malaysia Gegar Komen Facebook Proton Kenya

FarahBy Farah23/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA hari lalu, heboh berita mengenai Polis Kenya memilih Proton X70 sebagai kenderaan rasmi agensi keselamatan negara Afrika itu.

Berita itu diumumkan di laman Facebook rasmi Proton Kenya yang baru saja menyerahkan 30 unit X70 kepada pihak berkuasa keselamatan negara tersebut.

BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!
BACA >>> Bomba Jumpa Tangki Gas Kimpal, Oksigen, Punca Alza Terbakar Tiba-Tiba Disiasat


Tulis status Proton Kenya;

Proton X70 akan memberikan gaya terhebat, pengendalian dan keselesaan terbaik kepada Perkhidmatan Polis Kebangsaan (NPS) ketika menjalankan tugas.”

Dalam hantaran itu, Proton Kenya turut memuat naik deretan X70 berwarna biru dan hijau, iaitu warna baharu yang tidak ditawarkan di pasaran Malaysia.

Berita mengenai pencapaian Proton itu menarik perhatian ramai netizen Malaysia yang datang menyerbu ruangan komen Proton Kenya. Rata-rata netizen memuji pencapaian Proton dan meninggalkan ucapan tahniah.

BACA >>> Proton X70 SE (2021) Lancar di Malaysia, 2,000 Unit Sahaja, Harga RM123.8k

Tidak kurang juga netizen yang berseloroh dengan mengisytiharkan Kenya dan Malaysia ‘ serumpun’ atau erti kata lain bersatu gara-gara X70 dijadikan kereta polis di sana.

Tapi kalau sudah namanya netizen, pasti ada yang tidak melepaskan peluang meninggalkan komen mengaitkan isu sensasi dalam negara, misalnya isu pemilihan kereta Vellfire kepada menteri Kerajaan Persekutuan.

Ini termasuk mengatakan polis Malaysia sendiri tidak menggunakan produk Proton, tetapi dibantah netizen lain yang mendakwa Polis DirajaMalaysia (PDRM) memang sudah lama memiliki unit X70 dalam barisan flit agensi keselamatan itu.

Berdasarkan maklumat kami terima, penyerahan 30 unit X70 itu diadakan di Ibu Pejabat Simba Corporation di Mombasa Road, Sabtu lalu.

x70 perkenalkan pada penghujung 2018 dan antara model Proton yang mendapat perhatian ramai. Model SUV itu turut dieksport ke beberapa negara luar seperti Brunei, Indonesia, Pakistan dan terbaharu pasaran di Kenya, iaitu pada Ogos tahun lalu sebagai model pemasangan tempatan (CKD)

BACA >>> Kilang Proton Al-Haj Automotive Sudah Mula Operasi, X70 Akan Jadi Model CKD Kedua
BACA >>> Proton X70 SE (2021) Lancar di Malaysia, 2,000 Unit Sahaja, Harga RM123.8k

SUMBER: ProtonKenyaOfficial

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kenya kereta di luar negara kereta malaysia kereta polis kereta polis kenya Polis Kenya Proton SUV x70 x70 dipilih sebagai kereta polis
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.