• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / WMOTO EZ125i, Skuter Kompak Serba Guna, Dari RM4,588

WMOTO EZ125i, Skuter Kompak Serba Guna, Dari RM4,588

October 2, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JENAMA WMOTO memperkenalkan sebuah model baharu dalam segmen skuter urban iaitu WMOTO EZ125i. Direka khas untuk kegunaan harian, model ini menggabungkan praktikaliti, keselesaan dan gaya moden.

Ditawarkan pada harga RM4,588 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), EZ125i hadir dalam empat pilihan warna menarik: Silver Grey, Grey, Red dan Deep Sky Blue.

Enjin & Prestasi

EZ125i dikuasakan enjin 124cc, silinder tunggal, 4-lejang berorientasi melintang dengan sistem penyejukan udara. Ia menghasilkan kuasa maksimum 11.8hp pada 7,500rpm serta tork 9.5Nm pada 6,000rpm.

Transmisi menggunakan sistem automatik CVT dengan pacuan tali sawat, manakala sistem pelinciran tekanan dan percikan membantu memastikan enjin lebih tahan lama dan efisien.

Rekaan & Dimensi

Dari segi dimensi, EZ125i berukuran 1,890mm panjang, 670mm lebar dan 1,000mm tinggi, dengan jarak roda 1,250mm. Ketinggian pelana 760mm serta berat kering 95kg menjadikannya sesuai untuk pelbagai lapisan penunggang. Kelegaan tanah 110mm memberi keselesaan ketika meredah jalan bandar. Kapasiti tangki bahan api ialah 6.5 liter, sesuai untuk perjalanan harian.

Suspensi & Brek

Model ini menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Kuasa henti pula datang daripada sistem brek cakera di bahagian depan dan brek dram di belakang. Tayar hadapan bersaiz 70/90-14 manakala tayar belakang 80/90-14, dipadankan dengan rim aloi.

Ciri Moden

Untuk menambah nilai praktikaliti, EZ125i menampilkan paparan meter digital LED penuh, lampu LED pada semua bahagian termasuk lampu kecemasan, port pengecasan USB Type-A, ruang simpanan hadapan kiri dan kanan, serta ruang di bawah pelana. Ia juga dilengkapi hook dan bateri 12V6Ah/10h.

Jaminan & Perkhidmatan

Setiap pembelian WMOTO EZ125i didatangkan dengan jaminan pengeluar 2 tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu). Selain itu, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. turut menyediakan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara atas talian untuk kemudahan pelanggan.

WMOTO EZ125i 1
WMOTO EZ125i 2
WMOTO EZ125i 3
WMOTO EZ125i 4
WMOTO EZ125i 5
WMOTO EZ125i 6
WMOTO EZ125i 7
WMOTO EZ125i 8
WMOTO EZ125i 9
WMOTO EZ125i 10
WMOTO EZ125i 11
WMOTO EZ125i 12
WMOTO EZ125i 13
WMOTO EZ125i 14
WMOTO EZ125i 15
WMOTO EZ125i 16
WMOTO EZ125i 17
WMOTO EZ125i 18

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Skuter kompak, Skuter murah, WMoto, WMOTO EZ125i, WMOTO Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888
    Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev