• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / WMOTO Cruiser AMT 125, Motosikal Beginner Friendly Terbaru

WMOTO Cruiser AMT 125, Motosikal Beginner Friendly Terbaru

October 2, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JENAMA WMOTO terus mengukuhkan barisan produknya di Malaysia dengan pelancaran rasmi Cruiser AMT 125. Model ini tampil dengan gaya cruiser klasik namun dipadukan teknologi moden, terutama sistem transmisi AMT (Automatic Manual Transmission) yang memberikan pengalaman tunggangan lebih santai dan unik.

Ditawarkan pada harga RM5,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), model ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Green, Cream dan Black, dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.

Enjin & Prestasi

Dari aspek mekanikal, WMOTO Cruiser AMT 125 dikuasakan oleh enjin 124cc, satu silinder, 4-lejang, SOHC dengan penyejukan udara. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 5.8kW pada 8,000rpm dan tork puncak 8.8Nm pada 6,000rpm dengan nisbah mampatan 9.5:1. Saiz piston dan lejang seimbang pada 54mm × 54mm, disokong sistem EFI dan nyalaan T.C.I.

Sistem transmisi pula menggunakan pacuan akhir rantai dengan kotak gear automatik serta klac emparan automatik jenis basah. Ia turut menggunakan sistem pelinciran jenis tekanan dan percikan untuk ketahanan enjin lebih baik.

Rekaan & Dimensi

Cruiser AMT 125 hadir dengan dimensi 2,120mm panjang, 818mm lebar dan 1,130mm tinggi, bersama jarak roda 1,425mm serta jarak kelegaan tanah 160mm. Ketinggian pelana hanya 680mm, sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang. Berat keseluruhan 119kg menjadikannya mudah dikawal, manakala tangki bahan api mampu menampung sehingga 6 liter.

Suspensi & Brek

Model ini menggunakan fork teleskopik dengan jarak gerakan 130mm di hadapan dan penyerap hentak tunggal 30mm di belakang. Sistem brek dilengkapi dengan cakera hadapan 220mm dan cakera belakang 200mm. Tayar hadapan bersaiz 80/90-17 M/C dan belakang 140/70-13 M/C, dipadankan rim sport aloi yang tahan lasak.

Ciri Moden

Sebagai tambahan, WMOTO Cruiser AMT 125 mendapat pencahayaan LED penuh (lampu utama, belakang, signal dan hazard), paparan meter analog digital, bateri 4A.h, serta sistem kunci mekanikal. Ia turut dilengkapi ekzos senyap, pemijak kaki lipat untuk penumpang dan tempat duduk ergonomik untuk keselesaan tunggangan jarak jauh.

Jaminan & Perkhidmatan

Setiap pembelian WMOTO Cruiser AMT 125 didatangkan dengan jaminan pengeluar 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000km (mana-mana tiba dahulu). MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. juga menyediakan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian bagi kemudahan pemilik.

WMOTO Cruiser AMT 125 1
WMOTO Cruiser AMT 125 2
WMOTO Cruiser AMT 125 3
WMOTO Cruiser AMT 125 4
WMOTO Cruiser AMT 125 5
WMOTO Cruiser AMT 125 6
WMOTO Cruiser AMT 125 7
WMOTO Cruiser AMT 125 8
WMOTO Cruiser AMT 125 9
WMOTO Cruiser AMT 125 10
WMOTO Cruiser AMT 125 11

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: cruiser, cruiser murah, mforce bike holding, motosikal cruiser termurah, WMoto, WMOTO Cruiser AMT 125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev