Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»SYM Husky 150 SE 2026 Perkenal Warna Baharu Sempena Tahun Baharu!
Roda2

SYM Husky 150 SE 2026 Perkenal Warna Baharu Sempena Tahun Baharu!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam07/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SYM Husky 150 SE 2026

SYM Malaysia menerusi pengedar rasmi, MForce Bike Holdings memperkenalkan pilihan warna baharu untuk SYM Husky 150 SE (Special Edition) 2026 sempena sambutan tahun baharu 2026.

Kemas kini itu bertujuan menyegarkan penampilan skuter maksi tersebut, sekali gus mengekalkan daya tarikan dalam segmen 150cc yang semakin kompetitif.

Empat Warna Baharu, Identiti Lebih Segar

SYM Husky 150 SE 2026 | Indigo Blue
SYM Husky 150 SE 2026 | White
SYM Husky 150 SE 2026 | Matt Grey
SYM Husky 150 SE 2026 | Glossy Green

Versi terkini, SYM Husky 150 SE 2026 kini ditawarkan dalam empat pilihan warna baharu: Indigo Blue (biru), White (putih), Matt Grey (kelabu) dan Glossy Green (hijau), yang masing-masing menampilkan karakter tersendiri untuk memenuhi cita rasa penunggang berbeza.

Pilihan warna Indigo Blue dan Glossy Green memberi sentuhan lebih berani dan moden, sesuai untuk penunggang yang mahu tampil menonjol di jalan raya. Sementara itu, White dan Matt Grey pula mengekalkan imej ringkas dan premium, sepadan DNA praktikal Husky 150 sebagai skuter harian.

Gabungan warna baharu itu bukan sekadar kosmetik, tetapi membantu memperluas tarikan model skuter tersebut kepada golongan penunggang bandar yang mahukan skuter dengan gaya unik tanpa mengorbankan fungsi.

Harga Rasmi, Ketersediaan di Malaysia

SYM Husky 150 SE 2026 ditawarkan pada harga RM10,598, tidak termasuk cukai jalan dan insurans yang meletakkan model itu antara pilihan bernilai dalam segmen skuter 150cc dengan ciri keselamatan moden.

Model itu kini boleh didapati di semua pengedar sah MForce atau SYM seluruh Malaysia, dan pembeli boleh melihat sendiri pilihan warna baharu sebelum membuat keputusan pembelian.

Enjin 150cc, Prestasi Harian Seimbang

Dari segi mekanikal, SYM Husky 150 SE 2026 dikuasakan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 150cc penyejukan cecair berkuasa 10.8kW (14.5hp) @ 8,000rpm dan tork 14.5Nm @ 6,000rpm. Output itu cukup seimbang untuk kegunaan harian, sama ada di laluan bandar atau perjalanan jarak sederhana.

Karakter enjin responsif dan mudah dikawal menjadikan Husky 150 SE sesuai untuk penunggang baharu atau berpengalaman yang mahukan skuter praktikal dengan sedikit elemen sporty.

Ciri Keselamatan, Kekal

Dari aspek keselamatan, SYM Husky 150 SE dilengkapi Sistem Kawalan Traksi (TCS) yang berfungsi mengurangkan risiko gelinciran, terutama ketika menunggang aatas permukaan jalan licin atau ketika pecutan mengejut.

Selain itu, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran turut menjadi ciri standard untuk memberikan keyakinan tambahan kepada penunggang ketika membrek kecemasan selain meningkatkan kawalan keseluruhan skuter.

Waranti, Nilai Pemilikan

Logo SYM

Setiap pembelian SYM Husky 150 SE 2026 disertakan waranti pengeluar dua tahun atau hingga 20,000km, bergantung mana tiba dulu. Pakej waranti tersebut pasti menambahkan ketenangan fikiran kepada pemilik baharu.

Dengan kombinasi warna baharu, spesifikasi enjin praktikal dan ciri keselamatan lengkap, SYM Husky 150 SE 2026 terus mengukuhkan kedudukan sebagai pilihan skuter advencer yang relevan untuk pasaran Malaysia.

SYM Husky 150 SE 2026 | Glossy Green
SYM Husky 150 SE 2026
SYM Husky 150 SE 2026
SYM Husky 150 SE 2026 | Indigo Blue
SYM Husky 150 SE 2026
SYM Husky 150 SE 2026
SYM Husky 150 SE 2026
SYM Husky 150 SE 2026 | Matt Grey
SYM Husky 150 SE 2026
SYM Husky 150 SE 2026
SYM Husky 150 SE 2026 | White
SYM Husky 150 SE 2026
SYM Husky 150 SE 2026
Auto Terkini mforce holdings Skuter 150cc skuter harian sym husky SYM Husky SE Warna baru SYM Husky
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan (CKD) di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.