Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Walaupun Debut Sejak 2018, XC60 Jadi Model Volvo Terlaris 2024
Roda4

Walaupun Debut Sejak 2018, XC60 Jadi Model Volvo Terlaris 2024

Abang HirataBy Abang Hirata08/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Cars banyak mengeluarkan model baharu serba canggih dan model lama seperti XC60 nampaknya tetap menjadi ayam tambatan.

XC60 generasi kedua yang dikeluarkan sejak 2018 menjadi model Volvo terlaris sepanjang 2024 dengan jualan sebanyak 230,853 unit.

Volvo XC60 Recharge T8
Volvo XC90 T8 2025

Dibandingkan usia, jumlah itu bukan menurun, tetapi meningkat hampir 1 peratus daripada 228,646 unit pada 2023. Walaupun sedikit, Volvo XC60 tetap menunjukkan penguasaan tinggi.

XC90 yang lebih berusia dan dikeluarkan sejak 2015 juga masih berbisa dengan menduduki tempat ketiga terlaris dan turut meningkat berbanding 2023. Walaupun berusia, Volvo sudah membuat beberapa perubahan pada tahun lalu.

Logo Volvo
Logo Volvo

Jualan keseluruhan Volvo sepanjang 2024 berjumlah 763,389 unit, iaitu peningkatan lapan peratus berbanding 2023 dengan jualan Disember 2024 sebanyak 73,804 unit, menurun 3 peratus berbanding Disember 2023.

Volvo memang tegar dalam elektrifikasi dan prestasi 2024 menunjukkan peningkatan ketara dengan jualan kenderan elektrik (EV) melonjak 54 peratus berbanding 2023, manakala model hibrid plug-in (PHEV) meningkat 16 peratus. Model elektrifikasi menguasai 46 peratus daripada jualan keseluruhan Volvo sepanjang 2024.

Dari segi pasaran, jualan di Eropah mencecah 369,685 unit, meningkat 25 peratus daripada tahun terdahulu dengan model elektrifikasi yang terdiri daripada EV dan PHEV menguasai 65 peratus daripada keseluruhan jualan.

Di Amerika Syarikat (AS), jualan 2024 merekodkan 125,243 unit, menurun 3 peratus berbanding 2023. Di sebalik penurunan itu, jualan model elektrifikasi meningkat 20 peratus atau mewakili 34 peratus pegangan daripada jualan 2024.

Jualan di China pula lebih tinggi daripada AS iaitu 156,370 unit, tetapi menurun 8 peratus dengan jualan model elektrifikasi meningkat 3 peratus dari Januari hingga Disember 2024.

Tiga Model Terlaris Volvo 2024

Volvo XC60 Recharge T8
Volvo XC40 Black Edition
Volvo XC90 T8 2025
  1. XC60 – 230,853 unit (2023: 228,646).
  2. XC40/EX40 – 173,890 unit (2023: 200,670).
  3. XC90 – 108,621 unit (2023: 107,549).

Jualan Mengikut Pasaran dan Trenkuasa pada 2024 dan 2023

Pasaran / Rangkaian kuasaDisember 2024Disember 2023PerubahanJan-Dis 2024Jan-Dis 2023Perubahan
Eropah33,48834,726-4%369,685294,794+25%
– Model elektrifikasi21,39018,933+13%240,425172,575+39%
– Elektrik9,5878,920+7%133,07075,476+76%
– Hibrid plug-in11,80310,013+18%107,35597,099+11%
Hibrid ringan/ICE12,09815,793-23%129,260122,219+6%
China15,90815,9440%156,370170,091-8%
– Model elektrifikasi2,5011,715+46%15,76615,356+3%
– Elektrik729249+193%4,3493,281+33%
– Hibrid plug-in1,7721,466+21%11,41712,075-5%
Hibrid ringan/ICE13,40714,229-6%140,604154,735-9%
AS14,07713,609+3%125,243128,701-3%
– Model elektrifikasi4,7723,232+48%42,90235,657+20%
– Elektrik789686+15%5,60813,609-59%
– Hibrid plug-in3,9832,546+56%37,29422,048+69%
Hibrid ringan/ICE9,30510,377-10%82,34193,044-12%
Lain-lain10,33111,736-12%112,091115,130-3%
Model Elektrifikasi5,3724,581
Auto Terkini Jualan Volvo 2024 Roda4 Volvo Volvo Cars Volvo XC60
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.