Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volvo Trucks Hasilkan Lori Stereng Automatik untuk Tuai Tebu di Brazil
Roda4

Volvo Trucks Hasilkan Lori Stereng Automatik untuk Tuai Tebu di Brazil

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Cars boleh dikatakan antara peneraju dalam teknologi semi-autonomi menerusi pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan bertahun lama, termasuk jualan komersil.

Tetapi kini, bukan Volvo Cars saja ada teknologi itu kerana Volvo Trucks, yang menjadi sebahagian Volvo Group, turut membangunkan teknologi pemanduan autonomi. Lebih menarik, teknologi itu digunakan dalam bidang pertanian.

KAWALAN STERENG AUTOMATIK

Volvo Trucks baru-baru ini menunjukkan keupayaan lori dengan teknologi stereng yang boleh dikawal automatik di sebuah ladang tebu di Brazil. Tujuannya, supaya trak itu dapat dipandu secara tepat dan tidak merosakkan tanaman muda, sekali gus meningkatkan hasil si pemilik ladang.

Pada masa kini, ada kira-kira empat peratus tebu muda rosak akibat terlenyek, manakala tanah dimampatkan pelbagai kenderaan berat yang bergerak sekitar kawasan tanaman. Jadi, penyelesaiannya, biarkan saja lori tersebut dikawal automatik dengan lebih tepat.

Ujian teknologi itu dilakukan di ladang tebu sebenar yang terletak di Maringá, barat São Paulo, Brazil. Ladang tebu milik Usina Santa Terezinha Groups itu adalah pengeluar gula dan etanol, di mana ia menjadi lapangan terbaik untuk Volvo Trucks menguji keupayaan jentera semi-autonomi itu supaya tidak merosakkan tanah dan tanaman.

Berikut Perincian Masalah Dihadapi Peladang:

  • Dua jentera diperlukan untuk proses penuaian. Satu, jentera menuai, dan satu lagi, lori mengisi hasil tuaian. Kedua-dua jentera itu perlu bergerak seiringan.
  • Apabila isian penuh, lori akan menghantar hasil tuaian dan kembali semula kepada jentera menuai.
  • Masalah berlaku apabila sukar menyamakan kelajuan antara lori dan jentera menuai, serta pada masa sama berada dalam laluan tepat tanpa melenyek tanaman-tanaman baru.

Penyelesaian

  • Lori dilengkapkan teknologi stereng automatik supaya dapat bergerak dalam laluan betul tidak kita sama ada menuju ke arah jentera menuai ataupun beriringan dan beredar pergi. Ini termasuk mengelak tanaman baru tidak dilenyek.
  • Teknologi pemanduan dibantu penerima GPS yang bergerak mengikut pemetaan berasaskan koordinat di kawasan itu.
  • Dua giroskop digunakan untuk mengawal roda depan dan keseluruhan kenderaan supaya dapat bergerak dalam ketepatan tinggi. Tujuannya, lori dapat mengelak daripada tersasar sebanyak 25mm dari laluan ditetapkan.
  • Apabila hasil tuaian diisi ke dalam muatan belakang, pemandu boleh memilih untuk mengawal kelajuan menggunakan kawalan jelajah (cruise control), ataupun meningkatkan kelajuan dan membrek secara manual.
  • Memandangkan pemandu sudah bebas daripada tugas mengawal stereng, mereka kini boleh bekerja dengan lebih tenang dan fokus.

Projek hebat ini masih lagi dalam peringkat penyelidikan dan ujian, serta bakal memasuki fasa pembangunan selepas banyak kenderaan diuji di lapangan sebenar. Pada masa sama, Volvo Trucks juga bakal menguji trak pemanduan autonomi di negara asalnya, Sweden, iaitu di tapak perlombongan Kristineberg, termasuk ujian ke atas lori mengangkut sampah di Gothenburg.

Semua ujian itu dilakukan untuk menilai tahap automasi berbeza-beza dan dapat menyumbang kepada produktiviti lebih tinggi, persekitaran kerja lebih elok dan keselamatan lebih baik.

Volvo Trucks – Improving productivity with self-steering sugar-cane harvest truck
lori menuai tebu lori semi autonomi lori Volvo tuai tebu Roda4 Volvo Volvo Trucks
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.