Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo Perkenal Care Key, Alat Kawalan Pintar yang Mampu Hadkan Halaju Pemandu
Auto Terkini

Volvo Perkenal Care Key, Alat Kawalan Pintar yang Mampu Hadkan Halaju Pemandu

Abang HirataBy Abang Hirata25/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini peminat permotoran kecoh dengan hasrat Volvo Cars (Volvo) mahu mengehadkan halaju kenderaan keluaran kepada 180kmj sahaja. Tetapi bagaimanakah ia boleh dibuat selain pelarasan pada sistem komputer kenderaan?

Volvo menjawab soalan tersebut menerusi pengenalan alat kawalan jauh atau peranti Care Key. Melalui alat kawalan tersebut, pemilik kenderaan Volvo boleh menetapkan halaju sama ada untuk diri sendiri, ahli keluarga atau rakan. Alat kawalan Care Key akan dijadikan ciri standard untuk semua model Volvo keluaran 2021.

BACA >>> Volvo Tambah Varian XC90 Mild-Hybrid B, Lebih Jimat Minyak Hingga 15 Peratus

TETAPKAN HALAJU PERIBADI

Pemilik kenderaan boleh menetapkan had laju sebelum meminjamkan kereta mereka kepada ahli keluarga atau pemandu muda dan kurang berpengalaman seperti remaja yang baru saja lulus lesen memandu.

Had laju dan alat kawalan Care Key ialah dua insiatif yang menunjukkan tanggungjawab aktif pengeluar kereta dalam usaha mencapai sifar kemalangan maut dengan menyokong tabiat pemandu lebih baik. Kenapa Volvo begitu sibuk dengan perkara ini? Tidakkah mereka ada kerja lain seperti menyaingi pengeluar premium BMW, Mercedes-Benz dan Audi?

KE ARAH VISION 2020

Selain bersaing, Volvo mempunyai azam tersendiri, yang diletakkan di bawah Vision 2020, iaitu tiada sesiapa pun yang maut atau parah dalam kenderaan Volvo baharu menjelang 2020. Ini jelas azam dan hasrat yang tekad kerana tiada sebarang angka atau peratusan selamat dicadangkan kecuali sifar.

Ini memang tugas berat dan dapat dilihat melalui pelbagai teknologi pemanduan dan ciri keselamatan yang dilengkapkan pada kenderaan Volvo. Namun teknologi saja tidak memadai dan kini Volvo mahu mengawal tingkah laku manusia pula. Antaranya seperti disebut dalam artikel ini, iaitu mengehadkan halaju kenderaan supaya tidak boleh memecut.

Bagaimanapun, Volvo masih lagi bertimbang rasa dengan misi tersebut dan fasa pertama ialah mengehadkan halaju mengikut kemahuan sendiri. Di sinilah fungsiCare Key dibangunkan Volvo. Memang idea pintar dan patut diikuti pengeluar lain.

BACA >>> Volvo V60 R-Design – Wagon Premium Minimalis dalam Gaya Sporty

Auto Terkini Roda4 teknologi Vision 2020 Volvo Volvo Care Key Volvo Cars
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.