Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Volvo ES90 Ultra Rasmi Lancar di Malaysia, CKD di Shah Alam, Harga RM339,888
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo ES90 Ultra Rasmi Lancar di Malaysia, CKD di Shah Alam, Harga RM339,888

SyafieBy Syafie22/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLVO Car Malaysia mencatat sejarah baharu dengan pelancaran rasmi Volvo ES90, sedan elektrik penuh pertama jenama itu, sekali gus menandakan kemasukan Volvo ke era baharu mobiliti premium elektrik.

Lebih membanggakan, Volvo ES90 dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam, menjadikannya simbol komitmen jangka panjang Volvo terhadap pasaran Malaysia.

Model ini ditawarkan pada harga bermula RM339,888, dengan insentif early bird dua peratus terhad kepada 100 tempahan terawal sehingga 31 Mac 2026.

Sedan Elektrik Jarak Sehingga 651km

Volvo ES90 dibangunkan sebagai sedan elektrik flagship yang menggabungkan reka bentuk Scandinavia, teknologi keselamatan generasi baharu dan kecekapan tenaga tinggi.

Menggunakan seni bina 800-volt, ES90 mampu mengecas daripada 10 hingga 80 peratus kira-kira 22 minit menggunakan pengecas DC pantas 350kW.

Dengan jarak pemanduan sehingga 651km (WLTP), ia menawarkan keyakinan penuh untuk perjalanan jarak jauh termasuk laluan antara bandar seperti Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Johor Bahru.

Dipasang Tempatan, Bertaraf Global

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia dan Thailand, Chris Wailes berkata, pelancaran ES90 mencerminkan keseimbangan antara prestij sedan eksekutif dan kelestarian teknologi elektrik.

Untuk 60 tahun, Volvo menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia. Hari ini, kami membuka lembaran baharu dengan ES90 – sebuah sedan elektrik yang dipasang tempatan, bertaraf global, dan direka untuk menjaga pemandunya seperti hanya Volvo mampu lakukan,” katanya.

Reka Bentuk Fastback, Praktikal Seperti SUV

Dari sudut reka bentuk, Volvo ES90 menampilkan siluet fastback yang elegan dengan ketinggian tunggangan sedikit tinggi bagi posisi pemanduan lebih yakin. Garis bumbung aerodinamik menyumbang kepada pekali seretan rendah 0.25, sekali gus meningkatkan kecekapan dan jarak pemanduan.

Bahagian hadapan mengekalkan identiti Volvo menerusi lampu Thor’s Hammer, manakala bahagian belakang menampilkan lampu LED berbentuk C serta pencahayaan tambahan pada cermin belakang untuk kesan sambutan dan perpisahan yang unik.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Vapour Grey, Crystal White, Denim Blue dan Onyx Black.

Ruang Kargo Luas dan Fleksibel

Praktikaliti menjadi antara kelebihan utama ES90. Ruang but menawarkan kapasiti 424 liter, dan boleh diperluaskan sehingga 904 liter dengan tempat duduk belakang 40:20:40 dilipat.

Turut disediakan ruang simpanan hadapan (frunk) 27 liter untuk kabel pengecasan.

Kabin Senyap, Mewah dan Sarat Teknologi

Di dalam kabin, Volvo ES90 direka sebagai ruang perlindungan dengan fokus kepada keselesaan dan keseimbangan.

Jarak roda 3.1 meter memastikan ruang kaki barisan kedua yang luas, sesuai untuk kegunaan keluarga atau eksekutif.

Kabin dilengkapi enam tema pencahayaan ambien, upholsteri Nordico berventilasi, serta bumbung panoramik kaca elektrokromik yang mampu menapis 99.9 peratus sinaran UV.

Sistem kawalan iklim empat zon bersama penapis udara canggih mampu menyingkirkan sehingga 95 peratus zarah PM2.5 dan 99.9 peratus alergen, menjadikan kabin lebih bersih dan sihat.

Sistem Audio Bertaraf Studio Rakaman

ES90 turut menampilkan salah satu kabin paling senyap pernah dihasilkan Volvo, membolehkan pengalaman audio maksimum melalui sistem Bowers & Wilkins dengan 25 pembesar suara dan output 1,610 watt.

Sokongan Dolby Atmos serta mod khas Abbey Road Studios menghasilkan pengalaman bunyi seakan berada di studio rakaman legenda London itu.

Volvo Paling Pintar dan Selamat Setakat Ini

Volvo ES90 merupakan model pertama Volvo yang dikuasakan oleh NVIDIA DRIVE AGX Orin, bertindak sebagai komputer teras kenderaan dan memproses data daripada radar serta kamera bagi membentuk perlindungan keselamatan 360 darjah.

Dibina atas platform teknologi Superset Volvo, ES90 menyokong kemas kini perisian over-the-air bagi meningkatkan kecekapan tenaga, keselamatan dan ciri infotainmen sepanjang tempoh pemilikan.

Sistem infotainmen Google terbina dalam merangkumi Google Maps, Google Assistant dan Google Play, dipacu platform Snapdragon Cockpit daripada Qualcomm serta sokongan rangkaian 5G. Paparan merangkumi skrin pemandu 9 inci, paparan HUD dan skrin sentuh tengah 14.5 inci.

Untuk memudahkan parkir dan pergerakan di ruang sempit, ES90 dilengkapi kamera 360 darjah dengan paparan 3D.

Prestasi Seimbang, Kelestarian Diutamakan

Dengan sistem pacuan elektrik yang menjana 333hp dan 480Nm, Volvo ES90 memecut dari 0-100kmj dalam 6.6 saat, menyeimbangkan keselesaan dan prestasi.

Dari sudut kelestarian, 29 peratus aluminium dan 18 peratus keluli yang digunakan adalah bahan kitar semula, selain penggunaan polimer kitar semula dan bahan bio. Panel kayu dalaman pula diperoleh daripada sumber bersijil FSC.

Tempahan Kini Dibuka

Volvo ES90 kini dibuka untuk tempahan dan boleh dilihat di semua pengedar sah Volvo di seluruh negara.

Kenderaan Elektrik (EV) Pemasangan Tempatan (CKD) Sedan Elektrik VOLVO Car Malaysia (VCM)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lamborghini Fenomeno
Auto Terkini

Lamborghini Pecah Rekod Jualan Global 2025

22/01/2026
iCAUR V23 Retro Edition 2026
0
Kenderaan Elektrik (EV)

Kit Badan ‘Retro Edition’ untuk iCAUR V23 Lancar, Harga Pakej RM22k

21/01/2026
Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)
Kenderaan Elektrik (EV)

Pos Malaysia Lancar Kenderaan Autonomi (AV) Pertama Negara

22/01/2026
Skoda Kushaq 2026 di India
Roda4

Skoda Kushaq 2026 di India dengan Pilihan Transmisi Manual, Automatik 8-Kelajuan

21/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.