Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Volvo ES90 2026 Lancar di Malaysia, CKD di Shah Alam, Harga RM339.8k
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo ES90 2026 Lancar di Malaysia, CKD di Shah Alam, Harga RM339.8k

SyafieBy Syafie22/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volvo ES90 Ultra 2026

VOLVO Car Malaysia (VCM) mencatat sejarah baharu dengan pelancaran rasmi sedan elektrik pertama jenama itu, Volvo ES90 2026 pada harga RM339,888, yang menandakan kemasukan Volvo ke era baharu mobiliti elektrik premium.

Lebih membanggakan, ES90 dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam, yang menjadikan model itu simbol komitmen jangka panjang Volvo terhadap pasaran Malaysia.

Model itu ditawarkan pada harga RM339,888, dengan insentif pembeli awal (early bird) 2 peratus, terhad kepada 100 tempahan terawal hingga 31 Mac 2026.

Sedan Elektrik Jarak hingga 651km

Volvo ES90 Ultra 2026

Volvo ES90 2026 dibangunkan sebagai sedan elektrik perdana yang menggabungkan rekabentuk Skandinavia, teknologi keselamatan generasi baharu dan kecekapan tenaga tinggi.

Menggunakan arkitektur 800V, ES90 mampu mengecas 10 – 80 peratus sepantas 22 minit menggunakan pengecas pantas (DC) 350kW.

Dengan jarak pemanduan hingga 651km (WLTP), sedan elektrik itu menawarkan keyakinan penuh untuk perjalanan jarak jauh, misalnya laluan antara bandar seperti Kuala Lumpur – Pulau Pinang atau – Johor Bahru.

Dipasang Tempatan, Taraf Global

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia dan Thailand, Chris Wailes berkata, pelancaran ES90 mencerminkan keseimbangan antara prestij sedan eksekutif dan kelestarian teknologi elektrik.

Untuk 60 tahun, Volvo menjadi sebahagian perjalanan Malaysia.

“Hari ini, kami membuka lembaran baharu dengan ES90, sedan elektrik yang dipasang tempatan, bertaraf global, dan direka untuk menjaga pemandunya seperti hanya Volvo mampu lakukan,” katanya.

Rekabentuk Fastback, Praktikaliti SUV

Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026

Dari sudut rekabentuk, Volvo ES90 2026 menampilkan siluet fastback yang elegan dengan ketinggian pemanduan sedikit tinggi untuk posisi memandu lebih yakin.

Garis bumbung aerodinamik menyumbang kepada pekali seretan (Cd) rendah 0.25 Cd, sekali gus meningkatkan kecekapan dan jarak pemanduan.

Volvo ES90 Ultra 2026

Bahagian depan mengekalkan identiti Volvo menerusi lampu ‘Tukul Thor’, manakala bahagian belakang menampilkan lampu LED bentuk C dan pencahayaan tambahan pada cermin belakang untuk efek aluan dan perpisahan unik.

Ada empat pilihan warna ditawarkan: Vapour Grey (kelabu),Crystal White (putih), Denim Blue (biru), dan Onyx Black (hitam).

Ruang Kargo Luas, Fleksibel

Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026

Praktikaliti menjadi antara kelebihan utama ES90. Ruang but menawarkan kapasiti 424 liter, dan boleh diperluas hingga 904 liter dengan melipat tempat duduk belakang 40:20:40.

Turut disediakan ruang simpanan bonet (frunk) 27 liter untuk kabel pengecasan.

Kabin Senyap, Mewah dan Sarat Teknologi

Volvo ES90 Ultra 2026

Kabin Volvo ES90 2026 direka sebagai ruang perlindungan yang menumpukan keselesaan dan keseimbangan.

Jarak roda 3,100mm memastikan ruang kaki barisan kedua lebih luas, yang sesuai untuk kegunaan keluarga atau eksekutif.

Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026

Kabin turut dilengkapi enam tema lampu ambien, upholsteri Nordico berventilasi, dan bumbung panoramik kaca elektrokromik yang mampu menapis 99.9 peratus sinaran ultra-ungu (UV).

Sistem kawalan iklim empat zon dengan penapis udara canggih mampu menyingkirkan hingga 95 peratus partikel zarah PM2.5 dan 99.9 peratus alergen yang menjadikan kabin lebih bersih dan sihat.

Sistem Audio Taraf Studio Rakaman

Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026

Volvo ES90 2026 turut menampilkan salah satu kabin paling senyap pernah dihasilkan Volvo, yang membolehkan pengalaman audio maksimum melalui sistem bunyi Bowers & Wilkins dengan 25 pembesar suara 1,610W.

Sokongan Dolby Atmos dan mod khas Abbey Road Studios menghasilkan pengalaman bunyi seakan berada dalam studio rakaman legenda di London itu.

Volvo Paling Pintar, Selamat Setakat Ini

Volvo ES90 2026 menjadi model pertama Volvo yang dikuasakan NVIDIA DRIVE AGX Orin, sebagai komputer teras kenderaan dan memproses data daripada radar dan kamera bagi membentuk perlindungan keselamatan 360º.

Dibina atas platform teknologi Superset Volvo, ES90 menyokong kemas kini perisian atas talian (OTA) bagi meningkatkan kecekapan tenaga, keselamatan dan ciri infotainmen sepanjang tempoh pemilikan.

Sistem infotainmen Google terbina dalam memuatkan aplikasi nasvigasi Google Maps, Google Assistant dan Google Play, yang dipacu platform Snapdragon Cockpit daripada Qualcomm, termasuk sokongan rangkaian 5G.

Ciri lain ialah kluster instrumen pemandu 9 inci, paparan dongak (HUD) dan unit infotainment skrin sentuh 14.5 inci. Bagi memudahkan parkir dan pergerakan di ruang sempit, ES90  dilengkapi kamera 360º dalam paparan tiga dimensi (3D).

Prestasi Seimbang, Kelestarian Diutama

Volvo ES90 Ultra 2026

Dengan sistem pacuan elektrik yang menjana output kuasa 333hp dan tork 480Nm, Volvo ES90 mampu memecut 0 – 100kmj sepantas 6.6 saat, seimbang dari segi keselesaan dan prestasi.

Dari sudut kelestarian, 29 peratus aluminium dan 18 peratus keluli yang digunakan ialah bahan kitar semula, selain penggunaan polimer kitar semula dan bahan bio. Panel kayu dalaman pula diperoleh daripada sumber bersijil Majlis Pengurusan Hutan (FSC).

Tempahan Kini Dibuka

Volvo ES90 2026 kini dibuka untuk tempahan dan boleh dilihat di semua rangkaian pengedar sah Volvo seluruh negara.

Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Volvo ES90 Ultra 2026
Kenderaan Elektrik (EV) Pemasangan Tempatan (CKD) Roda4 Sedan Elektrik Sedan EV Sedan EV Premium VOLVO Car Malaysia (VCM) Volvo ES90 2026
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.