Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Perkenal Enjin 1.5L TSI evo2 yang Mesra Hibrid
Auto Terkini

Volkswagen Perkenal Enjin 1.5L TSI evo2 yang Mesra Hibrid

Abang HirataBy Abang Hirata12/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DEBAT enjin 3-silinder dan 4-silinder sentiasa hangat dibualkan dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Selain bilangan silinder, dunia automotif hari ini menyaksikan banyak pengeluar menumpukan kepada enjin sesaran 1500cc.

BMW, Geely, Volkswagen, Honda dan pengeluar lain kini mempunyai enjin 1500cc turbo. Malah, Proton sendiri menggunakan enjin 1.5L turbo untuk model X70 dan X50.

BACA >>> Nissan Magnite Diperkenal dengan Enjin 3-Silinder 1.0 Turbo, Sama Seperti Almera
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In (PHV) dan Kereta Elektrik (EV)?

Satu daripada enjin kategori 1500cc ialah 1.5 TSI dalam siri evo dan famili enjin EA 211 Volkswagen Group. Terbaharu, konglomerat automotif itu memperkenalkan enjin 1.5 TSI versi dipertingkatkan, dipanggil evo2.

Mengikut kronologi, EA 211 kepada EA 211 evo dan terbaharu EA 211 evo2. EA dalam bahasa Jerman merujuk kepada susunan pembangunan dan enjin itu kali pertama diperkenalkan pada 2012 menerusi Golf generasi ketujuh.

Seperkara menarik, enjin 1.5 TSI evo 2 bukan dipasang pada model popular Golf atau Polo, tetapi bakal dirasmikan kenderaan utiliti sukan (SUV) T-Roc sebelum menyusul untuk model Volkswagen lain menjelang 2022.

Tiga aspek ditumpukan pada EA 211 evo2 ialah sistem Pengurusan Silinder Aktif (ACTplus), modul kawalan emisi dan proses pembakaran. Berikut ciri enjin EA 211 evo2:

  • Kedudukan penukar bermangkin (catalytic converter) dan penapis zarah petrol diubah berhampiran enjin dalam satu modul kawalan emisi.
  • Ia membantu meningkatkan kecekapan sistem kawalan emisi dan mengurangkan penggunaan bahan pembuatan selain menjadi asas kepada peraturan emisi masa depan.
  • Sistem ACTplus dipertingkat itu juga menyumbang kepada penurunan penggunaan bahan api enjin 1.5L, menerusi sistem nyah aktif silinder.

  • Proses pengaktifan dan nyah aktif itu turut dipertingkat supaya pergerakan enjin lebih lancar.
  • Proses pembakaran dalam dwi-silinder pula dioptimum yang membolehkan julat operasi sistem ACTplus dipanjangkan.
  • Dengan ACTplus, silinder kedua dan ketiga tidak dicucuh apabila enjin beroperasi pada beban dengan halaju rendah dan sederhana, manakala aspek kecekapan dipertingkat pada silinder aktif. Kemudian barulah baki silinder diaktifkan semula apabila pedal minyak ditekan.
  • Sistem suntikan tekanan tinggi menghasilkan tekanan hingga 350 bar.
  • Dinding silinder dengan saduran plasma mengurangkan geseran.
  • Piston dengan saluran penyejukan cast-in menjadikan proses pembakaran dioptimum, manakala kecekapan dipertingkat.
  • Enjin ini juga direka untuk beroperasi menggunakan bahan api dengan bahan dibuat daripada sumber tenaga boleh diperbaharui, sekali gus bersedia memenuhi peraturan masa depan.
  • Sesuai untuk pelbagai sistem hibrid sebagai sistem plug-in (PHEV) dengan kuasa hingga 200kW (270hp).

Soalannya, pada era kenderaan elektrik (EV), kenapa Volkswagen masih menambah baik enjin pembakaran dalaman (ICE)?

Pertama, nadi elektrifikasi seperti hibrid masih memerlukan ICE untuk beroperasi, dan kedua, model Volkswagen sebegini masih popular di banyak pasaran negara. Malah, banyak lagi negara masih akan menggunakan ICE dan sesetengahnya baru hendak memulakan program elektrifikasi disebabkan faktor infrastruktur seperti pusat pengecasan untuk model EV penuh.

* Model ditunjukkan ialah T-Roc R (2022) dengan enjin 2.0L TSI

BACA >>> SUV Prestasi Tinggi, Volkswagen T-Roc R (2022) Lancar di Eropah, Harga RM222k
BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!

EA 211 EA 211 evo2 Enjin Baharu Volkswagen Enjin EA 211 evo2 Volkswagen Volkswagen EA 211 Volkswagen Group vw VW EA 211 VW EA 211 evo2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.