• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Passat R-Line Buka Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM200k

Volkswagen Passat R-Line Buka Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM200k

August 12, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menerima pratempahan Passat R-Line baharu.

Sebagai varian Passat Elegance yang lebih sporty, Passat R-Line untuk pasaran Malaysia ini dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Volkswagen di Pekan, Pahang dan dijual pada harga antara RM200,000-RM210,000.

BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volvo Begitu Sentimental dengan Udang Krai?

Mengambil ilham daripada barisan model Volkswagen R, famili R-Line dikhaskan kepada pembeli yang mahu menonjolkan ekspresi individu. Passat R-Line ini ialah model R-Line kedua ditawarkan VPCM selain Golf R-Line, yang juga dilancarkan serentak dengan Arteon R-Line dan Tiguan Allspace R-Line

Passat R-Line tampil dengan kemasan sporty yang terdiri daripada:

  • Bampar depan dan belakang R-Line baharu
  • Lencana sisi R-Line
  • Kemasan krom
  • Rim aloi Verona 19-inci
  • Trim R-Line pada kabin dengan kemasan kulit Nappa hitam gaya karbon pada kerusi, stereng dan pedal sport aluminium

Passat R-Line dikuasakan enjin turbo 2.0TSI yang mampu menjana kuasa 188hp dan tork 320Nm serta dipadankan transmisi dual-klac direct shift (DSG) 7-kelajuan baharu yang menawarkan pengalaman pemanduan lancar dan mengujakan.  

Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi ciri Side Assist dengan jarak pengesanan 180º hingga 50 meter. Ciri Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) berfungsi memberikan amaran kepada pemandu ketika mengundur keluar dari parkir sekiranya mengesan kehadiran kenderaan laindalam sudut 90º. 

Ruang kabin menghidangkan sistem infotainment skrin sentuh Discover Pro Volkswagen 9.2 inci yang dilengkapkan fungsi khas seperti kawalan suara, gestur, skrin yang dibahagikan kepada tiga bahagian dan konektiviti wayarles Wireless App-Connect dengan Apple Car Play.

Passat R-Line ditawarkan dalam enam warna, iaitu warna metalik yang terdiri daripada Aquamarine Blue (biru), Tamarind Brown (coklat), Manganese Grey (kelabu) dan Reflex Silver (perak), manakala warna mutiara ialah Deep Black (hitam) dan Oryx White (putih).

Sedan Volkswagen ini kini dapat dilihat di bilik pameran Volkswagen seluruh negara, manakala tempahan boleh dibuat secara atas talian.

BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Indonesia Ada Dua Varian Enjin, Malaysia Dapat Mana Satu?
BACA >>> Abah Lorenzo: Anak Saya Memang Sedang Nego dengan Ducati

GALERI
Volkwagen Passat R-Line_6
Volkwagen Passat R-Line_9
Volkwagen Passat R-Line_7
Volkwagen Passat R-Line_3
Volkwagen Passat R-Line_5
Volkwagen Passat R-Line_2
Volkwagen Passat R-Line_4
Volkwagen Passat R-Line_13
Volkwagen Passat R-Line_11

Artikel Berkaitan

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Passat, R-Line, Sedan, Volkswagen Passat (2020), Volkswagen Passat R-Line, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my