Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Malaysia Lancar Golf GTI Sepang Edition, Dari RM262K
Auto Terkini

Volkswagen Malaysia Lancar Golf GTI Sepang Edition, Dari RM262K

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan model edisi khas Golf GTI Sepang Edition, menjadikannya kereta pertama di Malaysia yang hadir dengan lambang rasmi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model edisi khas ini diraikan sebagai simbol penghormatan kepada legasi sukan permotoran Malaysia, membawa semangat dan adrenalin litar Sepang terus ke jalan raya. Golf GTI Sepang Edition menjadi lambang kepada semangat pemanduan dan kebanggaan nasional.

Harga, Promosi dan Tawaran Eksklusif

Golf GTI Sepang Edition ditawarkan pada harga bermula RM262,990,  dengan dua pilihan warna Atlantic Blue dan King’s Red. Setiap pembelian termasuk penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun di bawah pakej Volkswagen Assurance Package (VAP).

Sempena pelancaran ini, VPCM turut memperkenalkan promosi jualan khas 10.10, di mana 10 unit pertama yang didaftarkan akan menikmati kadar faedah pinjaman 0% selama 10 bulan. Tawaran ini adalah penghargaan kepada peminat tegar GTI yang pantas mendapatkan model edisi istimewa ini.

Ciri Eksklusif Golf GTI Sepang Edition

Edisi khas ini dipasang tempatan dan tampil dengan pelbagai sentuhan rekaan unik berinspirasikan dunia perlumbaan:

  • Emblem Sepang Edition di bahagian belakang
  • Logo Sepang Edition dengan kemasan UV Gloss pada tiang-B
  • Rim aloi ringan Richmond 18 inci warna kelabu matte dengan penutup hab roda dinamik “GTI”
  • Kemasan sporty pada bahagian sisi
  • Perumah cermin sisi berwarna hitam
  • Karpet lantai GTI dan penutup injap GTI
  • Plat asas khas “Sepang Edition”
  • Bumbung, spoiler hadapan, diffuser belakang dan skirting sisi berwarna hitam
  • Perakam Trafik Universal 2.0 (depan & belakang) dengan sensor penglihatan malam Sony Starvis
  • VW Tint Original dan pemegang kunci bersama sijil ketulenan

Semangat Sepang di Jalan Raya

Walaupun tampil dengan ciri eksklusif, Golf GTI Sepang Edition masih mengekalkan DNA GTI ikonik — lincah, berkuasa dan menyeronokkan untuk dipandu. Dikuasakan enjin 2.0L turbocharged empat silinder (EA888), ia menghasilkan 245 PS (241 hp) dan 370 Nm tork, digandingkan dengan transmisi DSG 7-kelajuan untuk pecutan responsif dan pengalaman pemanduan dinamik.

“Bukan sekadar sebuah kereta, inilah semangat Sepang yang dijuruterakan ke dalam sebuah ikon,” kata Renate Noessler, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia. “Dengan model edisi khas ini, kami meraikan warisan permotoran Malaysia dan memberi peluang kepada peminat untuk memiliki sebahagian daripada legasi SIC.”

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman Hanif, turut menambah: “Kerjasama antara SIC dan Volkswagen menandakan lembaran baharu dalam budaya sukan bermotor negara. Golf GTI Sepang Edition menjadi simbol kebanggaan nasional yang membawa semangat litar ke jalan raya.”

Satu Edisi Istimewa untuk Rakyat Malaysia

Golf GTI Sepang Edition hadir dengan jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun, bersama penyelenggaraan percuma 7 tahun. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi volkswagen.com.my atau kunjungi pengedar sah Volkswagen di seluruh negara untuk menempah unit eksklusif ini.

Volkswagen Golf GTI Sepang Edition Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) VW Golf GTI
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026 Mazda CX-6e, Crossover EV Mazda Dengan Rekaan Kodo Futuristik

    30/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mazda 6e Tampil Buat Kali Pertama, Bukan Mazda Yang Anda Jangka

    30/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.