Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Edisi ‘Lada’ di Brazil, Model Biasa Imej GTI
Roda4

Volkswagen Edisi ‘Lada’ di Brazil, Model Biasa Imej GTI

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN Eropah dan Amerika, Volkswagen (VW) turut menawarkan semua barisan model jenama itu untuk pasaran Brazil sebagai antara negara yang memiliki kelompok pembeli VW terbesar. Justeru tidak hairan VW begitu agresif menawarkan pelbagai model dan varian baharu di negara Amerika Latin tersebut. Salah satunya ialah memperkenalkan versi ‘Pepper’ untuk model-model sedia ada di pasaran.

Menyusuli apa dilakukan pada VW Fox Pepper (hatchback), VW juga melakukan perkara sama pada dua model Up!, iaitu Pepper (hatchback kompak) dan Saveiro Pepper (trak pikap) dengan mengemaskini penampilan visual yang dilihat seakan GTI, termasuk melengkapkan beberapa ciri tambahan.

KETENGAHKAN ELEMEN GTI

VW Up! Pepper tampil dengan ciri bumbung hitam berkilat, skirt sisi, spoiler dan rim aloi 15-inci kemasan berlian gelap, serta gril krom trim merah. Kereta bandar edisi khas itu ditawarkan dalam opsyen warna putih, perak, merah atau hitam dengan cermin sisi merah (atau hitam untuk versi merah). Model tersebut turut disertakan lencana khas dan kemasan dalaman sporty dengan trim hitam,serta roda stereng balutan kulit, termasuk aksen merah pada tombol gear dan ventilator penyaman udara.

Model trak pikap, VW Up! Saveiro Pepper pula turut diberikan kemasan sama menerusi penampilan gerbang roda hitam untuk menyerlah profil lasak dan beberapa trim lain yang diilhamkan model VW Cross. Sementara itu, VW Fox Pepper juga mengetengahkan penambahbaikan sama pada kemasan dalaman dan luaran yang tidak banyak berbeza dengan dua model Up! di atas.

VW Up! Pepper didatangkan dengan enjin 1.0L TSI berkuasa 105hp dan transmisi manual 5-kelajuan, manakala VW Up! Saveiro Pepper pula tampil dalam bentuk double-cab dengan enjin 1.6L, juga dipadankan kotak gear manual 5-kelajuan. Begitu juga model VW Fox Pepper yang tampil lebih berkuasa dengan output 120hp daripada enjin 1.6L yang ditawarkan dalam opsyen transmisi automatik atau manual 6-kelajuan.

GALERI

Volkswagen Fox Pepper
Volkswagen Up! Saveiro Pepper
Volkswagen Up Pepper

SUMBER: Car Scoops

Brazil Roda4 Volkswagen Volkswagen Brazil Volkswagen Fox Pepper Volkswagen Saveiro Pepper Volkswagen Up! Volkswagen Up! Pepper
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.