Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»VISION EQXX Riyadh ke Dubai, Lebih 1 Ribu KM Dengan Cas Penuh, 7.4 kWj/100 KM
Auto Terkini

VISION EQXX Riyadh ke Dubai, Lebih 1 Ribu KM Dengan Cas Penuh, 7.4 kWj/100 KM

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUA perkara yang dimahukan pengguna kebanyakan untuk kenderaan elektrik (EV) ialah harga mampu milik dan jarak pemanduan jauh.

Permintaan tersebut sama sahaja dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Kedua-duanya juga diperakui pengeluar dan sudah ada usaha untuk menghasilkan EV mampu milik selain pembangunan teknologi yang dapat memanjangkan jarak pemanduan.

Selain usaha tersebut, ada pengeluar yang menunjukkan kemampuan EV mereka seperti mana cabaran setangki petrol atau diesel.

Terbaru Mercedes-Benz mengumumkan kejayaan perjalanan jauh ketiga VISION EQXX yang menempuh jarak lebih 1,000 kilometer (km) di Padang Pasir Arab.

Perjalanan meliputi laluan bandar yang sibuk serta lebuh raya di gurun terbuka dan mencatat kadar purata penggunaan elektrik 7.4 kilowatt jam (kWj) per 100 kilometer (km).

Kadar itu bersamaan 0.9 liter per 100 km untuk kenderaan petrol! Dengan suhu sehingga 34 darjah Celsius, VISION EQXX memecahkan rekodnya sendiri.

Perjalanan di Semenanjung Arab bermula dari Pusat Mercedes-Benz di Riyadh, Arab Saudi sehingga Pusat Jenama Mercedes-Benz di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Jarak yang ditempuh sejauh 1,010 km dan dihabiskan dalam masa pemanduan 14 jam dan 42 minit.

Perjalanan bermula pada pukul 4.15 pagi dengan cas penuh dan menariknya tenaga VISION EQXX masih berbaki 309 km sebaik sahaja tiba di Dubai pada pukul 7.57 petang.

Tujuan perjalanan ketiga ini bagi memaksimumkan kecekapan di dalam semua kawasan dan memeriksa prestasi sistem di dalam keadaan gurun yang melampau.

Satu perkara yang menarik untuk diberi perhatian ialah pengurusan haba pada suhu sehingga 34 darjah Celsius.

Sistem pintar berdasarkan permintaan itu mampu mengekalkan rangkaian pemacu (drivetrain) dan ruang dalaman dalam keadaan sejuk.

Sistem penyaman udara berfungsi dengan kesan negatif yang minimum pada kecekapan tenaga dan disumbang oleh pam haba pelbagai sumber.

Cahaya matahari turut memberi peluang kepada para jurutera untuk memeriksa dengan lebih teliti prestasi bumbung solar VISION EQXX.

Bumbung dengan 117 sel solar diguna untuk menguasakan pelbagai perkakasan dan mengurangkan penggunaan tenaga dari sistem utama dan meningkatkan lagi kecekapan.

Di dalam perjalanan ke Dubai, sistem itu berjaya menuai 1.8 kWj tenaga solar dan menambah sekitar 24 km jarak pemanduan keseluruhan.

Turut dimanfaatkan untuk dibandingkan dengan perjalanan sebelum ini ialah pengaruh angin dan matahari pada kecekapan.

Selain suhu matahari, penilaian turut merangkumi sudut dan arah cahaya matahari.

Satu daripada faktor penting di dalam kecekapan mana-mana kenderaan ialah tangan di sebalik stereng dan kaki pada injak atau pemandu kereta.

Pemandu yang terlibat di dalam perjalanan ini merupakan pakar berpengalaman dan mempunyai tugas pengujian terperinci.

Bagi memaksimumkan kecekapan tenaga, mereka memanfaatkan sistem pembantu kecekapan pintar kereta.

Sistem itu menguruskan pelbagai maklumat dan mencadangkan gaya pemanduan paling cekap dalam masa nyata. Di antara maklumat seperti arah dan keamatan matahari dan angin.

Sebagai contoh semasa angin lintang yang kuat, sistem membantu pemandu melaras kelajuan mengikut kesesuaian.

Bagi memaksimumkan tenaga solar semasa berhenti, pemandu meletakkan kereta sejajar dengan matahari menggunakan paparan maklumat solar.

Luar biasa canggih dan memanfaatkan tenaga sebaik mungkin!

Kelajuan maksimum semasa perjalanan ialah 140 km/j dengan kelajuan purata 79.4 km/j (bergerak) dan 68.7 km/j (termasuk pegun, lintasan sempadan, penukaran pemandu).

VISION EQXX diperkenal pada 2022 sebagai kereta Pembuktian Konsep (PoC) dan telah menjalani pelbagai pengujian termasuk dua perjalanan jauh di Eropah.

Mercedes-Benz turut membawanya ke Amerika Syarikat dan China.

Bentuk badan titisan air mata dibuat untuk kecekapan dan kadar pekali seretan VISION EQXX hanya 0.17 Cd!

Mercedes-benz Mercedes-Benz VISION EQXX VISION EQXX
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.