Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Video Lelaki Serang Guna Batang Besi, Kini Direman 3 Hari
Auto Terkini

Video Lelaki Serang Guna Batang Besi, Kini Direman 3 Hari

Han OthmanBy Han Othman07/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS menahan seorang lelaki tempatan kerana mengasari individu lain menggunakan batang besi dalam insiden pada 31 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas aksi ganas suspek tular di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya mengesan satu video tular 1 minit 26 saat yang dimuat naik pemilik akaun Twitter pada 3 Ogos lalu jam 12.15 tengah hari.

Kejadian dipercayai berlaku pada 31 Julai jam 9.55 pagi di kawasan Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.

“Video tular itu memaparkan kejadian seorang lelaki mengasari individu lain dengan menggunakan sebatang besi dan mendapat enam tanda suka (like) dan empat ulang kicau (retweets).

“Selain itu, pihak polis turut menerima satu laporan berhubung kejadian terbabit yang dibuat seorang pengadu lelaki tempatan berumur 48 tahun,” katanya dalam kenyataan, Jumaat lalu.

Amihizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Menurutnya, tahanan reman tiga hari dibuat ke atas suspek daripada Majistret Kuala Lumpur di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan arahan lanjut.

Saya ingin tegaskan, sebarang spekulasi berhubung dengan video tular ini hendaklah dihentikan orang ramai.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah boleh menghubungi hotline polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

SUMBER: SinarHarian

Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor Auto Terkini Kes Gaduh Serang Guna Batang Besi video tular videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

Toyota Urban Cruiser EV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

02/04/2026
Roda2

HYLM Lancar Yamaha Ténéré 700 Baharu, Harga Mula RM58,998

02/04/2026
Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
Auto Terkini

Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

02/04/2026
Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
Kenderaan Elektrik (EV)

Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

02/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

By Syafie27/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.