SEORANG lelaki warga Britain terselamat dalam nahas pesawat Air India yang meragut nyawa 241 penumpang dan anak kapal apabila pesawat tersebut terbakar sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Diu, India.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Ramesh Vishwaskumar, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan terhincut-hincut keluar dari serpihan pesawat yang sudah musnah dibaham api.
A passenger on seat 11A survived the Air India crash.
He's a British national called Vishwash Kumar Ramesh. pic.twitter.com/xctfVBuPA4
— Mukhtar (@I_amMukhtar) June 12, 2025
"Saya Bangun dan Lari, Mayat di Mana-Mana"
Rakaman video tular di media sosial menunjukkan Ramesh muncul dari celah serpihan pesawat dengan wajah penuh luka, pakaian koyak dan darah mengalir, sekali gus menggambarkan visual ngeri yang mencerminkan perjuangan untuk terus hidup dalam tragedi udara terburuk di India dalam dekad ini.
Menurut Ramesh yang berada di tempat duduk 11A, insiden bermula hanya 30 saat selepas pesawat berlepas.
Saya dengar satu letupan kuat. Mayat ada di sekeliling saya. Saya terus bangun dan lari. Serpihan kapal terbang bersepah merata tempat," katanya.
Abang Hilang, Keluarga Masih Terkesan
Walaupun terselamat, nasib Ramesh masih belum sepenuhnya baik. Abangnya, Ajay Vishwaskumar, turut menaiki penerbangan sama dan kini dilaporkan hilang.
Dua rakan Ramesh yang mendengar berita itu bergegas ke Ahmedabad dari Diu, berharap keajaiban kedua berlaku dalam situasi yang sangat kelam-kabut.
Kami masih belum tahu apa-apa. Mereka hanya mahu cari dia," kata seorang jiran keluarga mangsa.
Stabil, Tapi Trauma Panjang
Ramesh mengalami kecederaan pada dada, mata, dan kaki, serta dikejarkan ke hospital sebaik berjaya keluar dari lokasi nahas.
Menurut doktor, keadaannya stabil dan tidak mengancam nyawa tetapi kesan trauma emosi dijangka berpanjangan.
Lawatan Singkat Bertukar Tragedi
Difahamkan, Ramesh yang berasal dari India sudah menetap di London sejak 20 tahun lalu bersama isteri dan anaknya. Lawatannya ke tanah air kali ini sepatutnya hanya pertemuan singkat dengan keluarga, namun bertukar menjadi mimpi ngeri yang hampir meragut nyawanya.
Fakta Pantas Nahas Pesawat Air India
2024: Just before “committing suicide”, Boeing whistleblower John Barnett warned of major quality issues in the company's 787 aircraft that could lead to a fatal crash. 👀
Today: Air India Boeing 787 bound for London crashes shortly after takeoff killing 242 people.
RIP 😢 pic.twitter.com/NwGtpqpKLR
— James Li (@5149jamesli) June 12, 2025
- Lokasi: Dalam penerbangan dari Diu ke Ahmedabad
- Masa kejadian: 30 saat selepas berlepas
- Jumlah mangsa terkorban: 241 penumpang, termasuk kru kapal
- Mangsa terselamat: Ramesh Vishwaskumar , satu-satunya terselamat
- Video mangsa terselamat kini tular di seluruh platform media sosial.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply