Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Video Alphard Bawa VVIP Langgar Bomba, Netizen Persoal Kemalangan Ini Salah Siapa ?
Auto Terkini

Video Alphard Bawa VVIP Langgar Bomba, Netizen Persoal Kemalangan Ini Salah Siapa ?

FarahBy Farah09/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TULAR di media sosial rakaman video kamera pemuka (dashcam) seorang anggota bomba yang sedang bertugas menaiki motosikalnya terlibat dalam kemalangan apabila dilanggar sebuah Toyota Alphard yang sedang diiringi polis pengiring di persimpangan lampu isyarat Jalan Tunku Mizan, Kuala Terengganu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, anggota bomba berkenaan dilihat menyalakan siren motosikalnya dan diikuti seorang rakan sekerjanya bersama sebuah jentera bomba dipercayai sedang dalam operasi penyelamat.

Turut kelihatan terdapat seorang polis pengiring yang berdiri di tengah-tengah persimpangan bagi mengawal lalu lintas.

Pun begitu, ketika bomba melintas di persimpangan tersebut, salah seorang anggota yang menaiki motosikal dirempuh sebuah Aphard menyebabkan mangsa terpelanting dan cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian berlaku punca kerana salah faham.

“Tiba-tiba datang dua buah motosikal milik pihak bomba dari arah Jalan Kemajuan yang menyangka kehadiran anggota polis adalah untuk memberi laluan kepada mereka.

“Akibat daripada itu, berlaku kemalangan melibatkan motosikal ditunggang salah seorang anggota bomba dan mangsa mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Susulan itu kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, netizen dilihat mempersoalkan siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Bagi anda, bagaimanapun pula?

BACA>>> Angkara Kerbau, Ambulans Bawa Pesakit Terlibat Kemalangan
BACA>>>
Misteri Selesai!!! Tayar ‘Hantu’ Bergolek di LPT1 Rupanya Milik SUV Peronda Polis

SUMBER: Utusan

alphard bomba kena langgar kereta vvip Konvoi VVIP vvip
Farah

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.