DIDI Group melancarkan model skuter terbaharu Vespa Sprint Tech 2025 ke pasaran tempatan sempena acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) di Tapak Ekspo Pertama Serdang Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Harga dan Warna
Vespa Sprint Tech 2025 dijual pada harga RM22,900 dalam pilihan warna:
- Black (hitam)
- Grey (kelabu)
Spesifikasi Vespa Sprint Tech 2025
Ciri
- Memiliki kemasan hijau sekeliling panel depan.
- Panel meter digital TFT berwarna 5 inci dalam dua mod, siang dan malam.
- Panel meter boleh disambung kepada telefon bimbit menerusi aplikasi Vespa MIA dan Vespa App.
- Ada sistem navigasi belok-ke-belok (turn-by-turn).
- Sistem penghidup tanpa kunci (keyless).
Enjin dan Prestasi
- Enjin silinder tunggal 155cc i-GET penyejukan udara 3-injap dengan sistem suntikan bahan api (FI)
- Output kuasa 11.9hp @ 7,250rpm dan tork 12.7Nm @ 5,750rpm.
- Transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat.
- Rim aloi 12 inci dengan tayar 110/70 (depan) dan 120/70 (belakang).
- Sistem brek cakera tunggal 200mm (depan dan belakang), serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Kapasiti tangki petrol 8 liter.
Leave a Reply