• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Velocity Motor Show (VMS) 2018 Bakal Gegar Desa ParkCity, KL (15-17 September)

Velocity Motor Show (VMS) 2018 Bakal Gegar Desa ParkCity, KL (15-17 September)

August 30, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS siri jelajah di Pulau Pinang dan Johor, Velocity Motor Show 2018 (VMS) 2018 bakal kembali menggegar ke Plaza Arkadia Outdoor Carpark di Desa ParkCity, Kuala Lumpur bermula 15 hingga 17 September depan.

Acara bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu bakal membawakan elemen keseronokan, gaya hidup dan muzik dengan menghimpunkan semua peminat kereta seluruh negara bagi berkongsi minat yang sama. Bukan itu saja, pengunjung yang hadir turut dihidangkan pelbagai aktiviti menarik selain peluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK

Velocity Motor Show 2018
Velocity Motor Show 2018
Velocity Motor Show 2018
Velocity Motor Show 2018
Velocity Motor Show 2018
Velocity Motor Show 2018

Salah satu acara utama VMS 2018 ialah Big Foot Trucks Show, iaitu pameran trak raksasa yang sudah diubah suai  dengan suspensi dan tayar lebih besar. Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan sendiri acara drift yang disertai Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley.

Antara aktiviti lain yang boleh dinikmati ialah gymkhana, Car Club Battle, pertandingan SQC Club Car Audio, pertunjukan sukan lasak daripada bakat Vhypes dalam Vhypes BMX dan Skateboarding.

Keterangan lanjut mengenai Velocity Motor Show 2018 boleh layari Facebook @VelocityMotorShow atau @VelocityMotorShow_Official di Instagram. Boleh juga hubungi talian +6016 366 6012. Tiket masuk RM10 sehari dan RM15 untuk 3 hari akan dikenakan kepada pengunjung yang hadir.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto show, Auto Terkini, Desa ParkCity, Kuala Lumpur, pameran kereta, Velocity Motor Show 2018, VMS 2018

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my