VOLVO Car Malaysia (VCM) mengumumkan pembukaan tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Volvo EX30 2025 versi pemasangan tempatan (CKD) berikutan kehabisan stok model import (CBU) yang dilancarkan sejak September 2024.
Volvo EX30 2025 CKD akan hadir dalam dua varian: Ultra dan Ultra Twin Performance yang masing-masing berharga RM208,888 dan RM228,888.
Ada tiga pilihan warna ditawarkan untuk SUV elektrik itu, iaitu Cloud Blue (biru), Vapour Grey (kelabu) dan Crystal White (putih) dengan kiriman pertama dijangka disampai pada minggu kedua bulan ini (Januari 2025).
Dibandingkan laporan pelancaran versi CBU, VCM memilih untuk tidak menawarkan varian Plus dan menghentikan tawaran warna Onyx Black (hitam) dan Moss Yellow (kuning). Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di pautan www.volvocars.com atau lawat bilik pameran terdekat .
Leave a Reply