• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMW Toyota Rai Pengerusi dan Presiden Baharu

UMW Toyota Rai Pengerusi dan Presiden Baharu

March 9, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota (UMWT) Motor Sdn Bhd mengadakan majlis meraikan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (empat dari kiri) dan Ravindran Kurusamy (tiga dari kiri) sebagai Pengerusi dan Presiden baharu syarikat itu yang juga sebagai menghargai tetamu tempatan, Jepun dan Asia Pasifik.

Kedua-kedua pengurusan tertinggi syarikat itu diperkenalkan Naib Pengerusi UMWT, Akio Takeyama (dua dari kiri). Hamad mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan pernah mengetuai syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) dalam tempoh lama. Pelantikan beliau itu adalah menggantikan Tan Sri Asmat Kamaludin (lima dari kiri).

Ravindran Kurusamy pula sudah berkhidmat dengan UMWT sejak 26 tahun lalu dalam pelbagai jabatan. Sepanjang tempoh berkenaan, beliau mempunyai hubungan rapat dengan rakan kerjasama UMW iaitu Toyota Motor Corporation.

JASA DIKENANG

Akio Takeyama pada majlis sama merakamkan penghargaan kepada Asmat yang banyak berjasa kepada UMWT. Antara sumbangan beliau adalah kepakaran konsultansi dalam berurusan dengan pihak Kerajaan, menambah baik fasiliti Toyota dan lain-lain. Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi UMW Group dan UMWT sejak 2001 selepas bersara daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

UMWT adalah syarikat usahasama antara UMW Corporation dengan Toyota Motor Corporation dan Toyota Tsusho Corporation yang ditubuhkan pada 1982. UMWT adalah syarikat pemasang dan pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia dengan hampir 100 fasiliti jualan dan servis termasuk pengedar sah di seluruh negara.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Pengerusi UMW Toyota Motor, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy, Tan Sri Asmat Kamaludin, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my