Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ujian Valencia MotoGP 2020: Yamaha Duduki Tiga Teratas, Vinales Terpantas!
Auto Terkini

Ujian Valencia MotoGP 2020: Yamaha Duduki Tiga Teratas, Vinales Terpantas!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UJIAN dua hari sempena persiapan saingan MotoGP (2020) berakhir semalam dengan pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales menjadi pelumba terpantas dengan masa lap 1:29.849 saat. Malah Yamaha juga mencatatkan keputusan memberangsangkan apabila menduduki tiga tangga teratas.

Menyusul di belakang Vinales ialah rookie terbaik 2019, Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) 1:30.013 saat dengan juang masa 0.164 saat sahaja, manakala rakan sepasukan, Franco Morbidelli merekodkan 1:30.114, cuma 0.265 saat di belakang Vinales.

Vinales menunggang jentera Yamaha M1 (2020) dengan casis, enjin  dan rekabentuk ambilan udara baharu, manakala rakan pasukannya, Valentino Rossi menamatkan saingan di tangga ke-9. Quartararo dan Morbidelli dilihat seperti masih berlumba dengan jentera lama.

Di padok Honda, Cal Crutchlow merekodkan jarak masa 0.467 saat di belakang Vinales. Juara MotoGP 2019, Marc Marquez pula berada di tangga ke-7 dengan RC213V yang dipasangkan kit aero baharu yang sempat diuji Crutchlow pada hari pertama.

BACA >>> Adik Marc Sah Masuk Repsol Honda untuk MotoGP 2020!

Pelumba baharu Repsol Honda, Alex Marquez, yang juga adik kepada Marquez, masih bergelut hendak menyesuaikan diri dengan jentera, tayar dan ciri elektronik baharu yang ada pada jentera MotoGP.

Rookie itu kelihatan melakukan banyak pusingan lap, iaitu 79 pusingan! Pasukan Suzuki Ecstar turut mencatatkan rekod positif dengan menduduki kedudukan ke-5 (Joan Mir) dan ke-6 (Alex Rins).

Walaupun bentuk fairing dan casis tidak jauh berbeza dengan model lama versi 2019, tetapi jentera yang diuji dua pelumba itu ialah GSX-RR (2020) dengan enjin 4-sebaris. Selepas ujian di Valencia, ujian seterusnya akan dilakukan di Jerez, Sepanyol.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Caranya Pelumba MotoGP Berbincang dengan Mekanik Sendiri

  1. Maverick Vinales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) 1m 29.849s
  2. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) +0.164s
  3. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +0.265s
  4. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +0.467s
  5. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +0.578s
  6. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +0.654s
  7. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +0.707s
  8. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16) +0.836s
  9. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +0.932s
  10. Jack Miller AUS Pramac Ducati (Desmosedici) +1.005s
  11. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (Desmosedici) +1.294s
  12. Tito Rabat SPA Reale Avintia (Desmosedici) +1.409s
  13. Michele Pirro ITA Ducati Test Rider (Desmosedici) +1.575s
  14. Dani Pedrosa SPA KTM Test Rider (RC16) +1.621s
  15. Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +1.666s
  16. Aleix Espargaro SPA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +1.677s
  17. Karel Abraham CZE Reale Avintia (Desmosedici) +1.748s
  18. Stefan Bradl GER Honda Test Rider (RC213V) +1.808s
  19. Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +1.951s
  20. Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V)* +2.386s
  21. Bradley Smith GBR Aprilia Test Rider (RS-GP) +2.400s
  22. Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)* +2.518s
GALERI
2019 MotoGP Alex Marquez Alex Rins Cal Crutchlow Marc Marquez MotoGP 2020 Ujian Valencia Valencia Valentino Rossi
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Anwar Inbrahim, PM Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Seliter

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.