• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

November 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PADA Julai lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya memperkenalkan Yamaha NVX generasi ke-3, lengkap dengan dua varian iaitu ABS dan SP (Sport Performance).

Beberapa bulan selepas pelancaran, saya berpeluang menguji NVX SP selama beberapa hari dan kali ini, fokus utama saya adalah menguji ciri baharu Y Shift, yang di luar negara dipasarkan sebagai “NVX Turbo”.

Model SP ini dijual pada harga RM14,498 (tidak termasuk OTR). Jadi… mahalkah untuk sebuah skuter 155cc? Itu nanti saya cerita. Jom masuk dulu pengalaman tunggangan.

Apa Yang Spesial Sangat Pasal NVX SP?

Sebelum masuk bab rasa tunggangan, ini ringkas mengenai spesifikasi:

Enjin dan Prestasi

  • 155cc Blue Core SOHC 4-injap, penyejukan cecair
  • 15.4hp @ 8,000rpm, 14.2Nm @ 6,500rpm
  • Transmisi V-Automatik ECVT (SP)
  • Ada VVA untuk respon lebih konsisten

Mod Tunggang

  • Town Mode (T) - smooth, jimat minyak
  • Sport Mode (S) - respon lebih cepat
  • Turbo Y-Shift - 3 tahap pecutan dan nyah-pecutan, gaya quickshifter sportbike

Ciri Moden

Yamaha NVX 2025 SP

  • Y-Connect untuk:
    • Notifikasi telefon
    • Navigasi Google Maps (eksklusif SP)
    • Data penggunaan minyak dan perjalanan
    • Reminder servis
  • Varian SP dapat paparan TFT dengan tiga tema

Ujian 1: Bandar Sekitar KLCC / Jalan Ampang

Dalam kesesakan bandar, NVX memang ‘kawan baik’ kalau kau tak tahan tekan klac hari-hari. Rekabentuk NVX SP memang bulky dan lebar, tapi jujurnya tidak menyusahkan untuk menyelit.

Dengan ketinggian 170cm, kaki memang kena jengket sikit - ini normal untuk model NVX. Tapi bila dah bergerak, stabil dan senang dikawal.

Apa yang saya rasa?

  • Suspensi sedikit keras - terlanggar lubang memang rasa “duk!” walaupun kerusi tebal.
  • Brek senang digenggam, dua jari pun cukup.
  • Penggunaan minyak? 35km di bandar tanpa rasa tangki ‘drop’ banyak.

Y Shift dalam bandar

Lampu merah bertukar hijau → tekan Y Shift Level 1 → terus rasa pickup lebih agresif. Tak keterlaluan kalau saya cakap Y Shift buat NVX rasa lebih power.

Ujian 2: Lebuh Raya EKVE - Berapa Halaju?

Di lebuh raya, kami dapat capai 121kmj (jalan rata, bukan turun bukit). Cuaca hujan, jadi kami tak paksa lebih - tapi enjin rasa ada lagi ruang untuk “fly”.

Di sinilah Y Shift tunjuk taring:

  • Memotong? Senang.
  • Naik bukit? Tak drop tenaga.
  • Tekan Y Shift, lepaskan minyak → momentum masih ada.

Bila hujan turun, NVX SP terasa macam “jetski darat” - stabil dan tak gelabah.

Ujian 3: Selekoh Hulu Langat - Layan 'Corner'

Hulu Langat memang antara tempat untuk pengemar 'sagat lutut'. Bukit, turunan, dan ‘blind corner’ semua ada. Dan di sinilah NVX SP betul-betul menyerlah.

Saya cuba turun bukit tanpa brek - hanya bergantung pada Y Shift.

Kenapa berani sangat?

Sebab Y Shift Level 3 bagi rasa downshift yang padu, cukup untuk kawal kelajuan tanpa gegaran melampau. Dan yes, bunyi “ssssskkkk-rrrrttt” ketika Y Shift aktif memang ada gaya MotoGP downshift.

Sensasi dia? Skuter 155cc tapi rasa macam bawa sportbike kecil.

Kesimpulan - Berbaloi ke Beli NVX SP?

Jawapan pendek: BERBALOI… kalau kau mampu.

Jawapan panjang:

Kenapa berbaloi?

  • Y Shift memang real deal, bukan sekadar marketing.
  • Prestasi NVX SP rasa jauh lebih “hidup” berbanding skuter 155cc biasa.
  • Ciri moden - TFT, Maps, Y-Connect - buat NVX rasa premium.
  • NVX ABS (kalau nak beli ABS saja, generasi ke-2 pun dah cukup).

Kenapa tak berbaloi untuk sesetengah orang?

  • Harga RM14k++ agak tinggi untuk skuter kecil.
  • Kalau nak buat loan 7 tahun, boleh jadi hujung bulan makan pasir.
  • Suspensi agak keras, tak sesuai jika lalui jalan rosak tiap hari.

Bab warna tak menarik?

Jangan risau - coverset Indonesia banyak, confirm lagi garang.

Kalau kau cari skuter yang:

  • ada rasa ‘sporty’
  • teknologi unik
  • boleh bagi fun factor setiap kali ride

NVX SP adalah antara pilihan paling best dalam kelas 160cc ke bawah. Bukan untuk semua orang, tapi kalau kau hargai teknologi dan prestasi - skuter ini memang bagi kepuasan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: 155cc, Auto Terkini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Skuter Yamaha 155, Tunggang Uji, Yamaha NVX SP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my