
TUNE Talk berganding bahu dengan BHPetrol melancarkan Kempen Epik+, inisiatif berskala nasional selama setahun yang menawarkan kad SIM percuma serta ganjaran bahan api kepada rakyat Malaysia.
Kempen yang bermula 27 Januari 2026 itu menyasarkan pelanggan baharu serta pengguna yang membuat penukaran talian (port-in) ke pelan Epik+ 50 atau Epik+ 35 di cawangan BHPetromart terpilih.
SIM Percuma, eBaucar BHPetrol
Menerusi kempen ini, pelanggan layak menerima:
- Pek SIM Tune Talk percuma
- eBaucar BHPetrol
- Ganjaran bulanan sepanjang 12 bulan (tertakluk kepada langganan berterusan)
Pengaktifan sehingga hari terakhir kempen pada 30 November 2026 masih melayakkan pelanggan menikmati keseluruhan kitaran ganjaran selama 12 bulan.
Prabayar Berasaskan Cloud-Native
Tune Talk menegaskan kempen ini mencerminkan pendekatan syarikat sebagai pengendali telekomunikasi pertama di rantau ini yang beroperasi sepenuhnya berasaskan teknologi awan (cloud-native).
Menurut Pengasas Bersama dan CEO Tune Talk, Gurtaj Singh Padda, kerjasama ini bukan sekadar menawarkan data dan minit panggilan, tetapi membina ekosistem yang menyokong gaya hidup serta mobiliti harian pengguna.
Sementara itu, CEO BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad berkata, kolaborasi ini memperkukuh misi bersama untuk menjadikan kesalinghubungan dan mobiliti lebih mudah diakses, praktikal serta berpatutan.
Ganjaran Digital Tambahan
Sebagai nilai tambah, pengguna Tune Talk yang mendaftar sebagai ahli baharu aplikasi BHPetrol eCard turut menikmati ganjaran eksklusif tambahan.
Kempen Epik+ dilaksanakan dengan kerjasama Creative Minds Communication Sdn Bhd (CMC) sebagai rakan pengaktifan dan penglibatan runcit bagi memastikan pelaksanaan lancar di seluruh rangkaian BHPetromart.
Sinergi Mobiliti, Kesalinghubungan
Gabungan infrastruktur digital Tune Talk dan rangkaian nasional BHPetrol menyatukan dua jenama yang komited menawarkan nilai konsisten kepada pengguna.
Daripada penjimatan bulanan kepada pendaftaran digital yang mudah, Kempen Epik+ dilihat sebagai usaha mempertingkat pengalaman prabayar dengan menggabungkan keperluan komunikasi dan perjalanan harian dalam satu pakej ganjaran.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman rasmi BHPetrol atau media sosial Tune Talk.




