• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Bot Karam Punca Lelaki Terapung Lebih 6 Jam di Laut, Bapa Dipercayai Lemas

#Tular: Bot Karam Punca Lelaki Terapung Lebih 6 Jam di Laut, Bapa Dipercayai Lemas

October 10, 2020 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG mangsa terkapai-kapai di sungai sebelum diselamatkan satu bot dalam video tular semalam ialah mangsa bot karam di Pantai Batu Laut, di Tanjung Sepat, Selangor.

Insiden itu diceritakan Mohd Saufi Yusof, 28, yang menyelamatkan mangsa tersebut selepas terdengar jeritan memintas tolong ketika dia dalam perjalanan pulang dari memancing bersama empat rakannya.

Menurut apa dikongsikan dalam Sinar Harian, dia terdengar orang menjerit 'tolong', tetapi tidak nampak sesiapa di lokasi berkenaan sebelum jeritan sama berulang tiga minit kemudian.

"Saya panjat atas bot dan tengok sekeliling sebelum nampak pelampung putih. Masa itu sekali lagi saya terdengar jeritan meminta tolong sebelum kami terus menuju ke arah jeritan itu dan melihat mangsa dalam keadaan terapung berpaut pada pelampung putih," katanya

Ketika diselamatkan, mangsa sempat memaklumkan yang bapanya sudah tenggelam di laut. Mohd Saufi turut menghubungi bapanya di darat untuk mendapatkan bantuan dari Balai Polis Tanjung Sepat sebelum bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pihak ambulans.

Mohd Saufi berkata, mangsa mendakwa bot dinaikinya karam pada jam 10 pagi sebelum ditemui kira-kira jam 4.50 petang. Ini bermakna sudah lebih enam jam dia terapung di lautan.

Mangsa berusia 40 tahun itu dikatakan keluar merawai ikan bersama bapanya, Ab Rahman Mat Kasim, 66, keluar merawai ikan pada jam 8 pagi sebelum bot dinaiki dua beranak itu karam. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang berusaha mengesan bapa mangsa.

SUMBER: SinarHarian

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bot Karam Tanjung Sepat, Memancing, Mohd Saufi Yusof

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my