• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!

Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!

October 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

7
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH Motorcycles Malaysia mengumumkan ketibaan model Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) ke pasaran tempatan pada harga jualan RM81,000.

Di peringkat global, Triumph menawarkan dua varian Aragon Edition, iaitu Tiger 900 Rally dan Tiger 900 GT. Bagaimanapun, pelanggan tempatan cuma ditawarkan varian GT.

tiger-900-gt-aragon-edition-2023-24
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-23

Motosikal advencer edisi khas itu ialah modal yang dihasilkan sempena meraikan kejayaan pelumba Ivan Cervantes memenangi kejuaraan Baja Aragon pada Julai 2022, dengan jentera Tiger 900 Rally Pro dalam perlumbaan sejauh 450km.

Percaya atau tidak, beliau meninggalkan pesaing terdekat dengan jurang masa 1 jam 6 minit!

Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) yang diilhamkan daripada Tiger 900 GT Pro itu didatangkan dalam tiga warna pilihan, iaitu Diablo Red (merah), Matt Phantom Black (hitam) dan Crystal White (putih).

Panel badan tertera teks GT Aragon. Aspek mekanikal dijana enjin 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 888cc DOHC penyejukan cecair dengan output kuasa 93.9hp @ 8,750rpm, dan tork 87Nm pada 7,250rpm. Transmisi klac manual 6-kelajuan disertakan bersama sistem klac antigelincir (slipper clutch).

Aspek pengendalian GT Aragon ditambah baik menerusi sistem suspensi fork terbalik (USD) 45mm Marzocchi boleh laras penuh menerusi pelaras elektronik RSU di depan, dan monoshock di belakang

Model ini juga dilengkapi bar pelindung enjin sebagai ciri standard, dan ada lebih 65 aksesori tambahan untuk dipilih mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing.

tiger-900-gt-aragon-edition-2023-2
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-4
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-5
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-10
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-14
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-1
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-13
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-15
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-3
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-24
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-23
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-22
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-19
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-16
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-17
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-21
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-20
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-26
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
tiger-900-gt-aragon-edition-2023-27

Related

7
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Baja Aragon, Ivan Cervantes, roda2, Triumph Motorcycles Malaysia, Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev