Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200
Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam11/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA motosikal British, Triumph, bakal melancarkan Scrambler 400 XC ke pasaran Malaysia sebagai model tahun 2026 dengan harga runcit disyorkan RM34,200. Harga tersebut tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran, manakala tiga pilihan warna ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu Racing Yellow, Storm Grey dan Vanilla White.

Tempahan kini sudah dibuka dan model ini dijangka mula berada di bilik pameran pada Mac 2026. Kehadiran Scrambler 400 XC mengukuhkan lagi barisan model 400cc Triumph di Malaysia yang turut merangkumi Scrambler 400 X (RM29,900) dan Speed 400 (RM26,900).

Lebih Lasak Berbanding Scrambler 400 X

Triumph Scrambler 400XC 5

Scrambler 400 XC sertai keluarga Scrambler 400 X yang sebelum ini diposisikan untuk tunggangan ringan off-road. Model 400 X hadir dengan rim jejari 19 inci depan dan 17 inci belakang bersama tayar tubeless, pelindung mudguard tinggi serta jarak gerak suspensi 150 mm depan dan belakang.

Bagi versi XC, pendekatannya lebih menjurus kepada gaya scrambler klasik yang versatil, sesuai untuk kegunaan harian di bandar tetapi masih mampu meredah laluan tidak berturap ringan hujung minggu.

Enjin 398cc ‘TR-Series’

Triumph Scrambler 400XC

Kuasa Scrambler 400 XC dijana enjin satu silinder ‘TR-Series’, sejukan cecair, DOHC empat injap. Enjin ini menghasilkan 39.5 hp pada 8,000 rpm dan tork maksimum 37.5 Nm pada 6,500 rpm.

Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan lengkap dengan klac slip dan assist serta pacuan rantai. Spesifikasi ini menjadikan jentera 400cc ini cukup seimbang dari segi prestasi dan kawalan, sama ada untuk tunggangan santai mahupun agresif.

Suspensi USD, Tinggi Tempat Duduk 835 mm

Triumph Scrambler 400XC

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik 43 mm di bahagian hadapan yang tidak boleh dilaras, manakala belakang dipadankan dengan monoshock boleh laras preload bersama takungan gas berasingan.

Ketinggian tempat duduk ditetapkan pada 835 mm, manakala berat keseluruhan motosikal ini disenaraikan 186 kg termasuk 13 liter bahan api dalam tangki. Spesifikasi ini memberi gambaran jentera yang masih mesra penunggang tetapi cukup ‘solid’ di atas jalan.

Brek Cakera Besar Dengan ABS Dua Saluran

Triumph Scrambler 400XC

Dari aspek brek, Scrambler 400 XC menggunakan cakera hidraulik tunggal depan dan belakang. Bahagian hadapan menerima cakera tetap 320 mm dengan angkup radial empat piston, manakala belakang menggunakan cakera 230 mm bersama angkup terapung satu piston.

Sistem ABS dua saluran datang dengan standard, memberikan tahap keselamatan tambahan ketika membrek di permukaan licin atau kecemasan.

Panel Meter Analog-LCD & Port USB-C

Ruang kokpit menampilkan meter kelajuan analog besar yang digabungkan dengan paparan LCD bersepadu. Paparan digital tersebut memaparkan takometer, jarak baki bahan api serta penunjuk gear.

Semua fungsi boleh diakses menerusi suis di sebelah kiri hendal, manakala port pengecas USB-C turut disediakan untuk mengecas peranti elektronik penunggang. Dengan harga RM34,200 dan spesifikasi premium dalam kelasnya, Triumph Scrambler 400 XC dijangka menjadi pilihan menarik bagi peminat motosikal gaya klasik moden di Malaysia.

2026 Triumph Auto Terkini motorcycle scrambler Triumph Malaysia Triumph Motorcycle Triumph Scrambler 400XC
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.