SCANIA Malaysia serah dua trak G460LA6x2MNA kepada Heng Seng & Company (Heng Seng) bagi memenuhi permintaan pengedaran eksklusif MyGaz di Kelantan.
Majlis penyerahan kunci disempurnakan oleh Pengarah Jualan Scania Asia Tenggara, Idros Puteh kepada Rakan Kongsi Pengurusan Heng Seng, Edward Tan Hoe Een.
BACA>>> SCANIA R580 Jadi Pilihan Utama Tiong Nam
TINGKAT JUALAN 30 PERATUS
Heng Seng yang menjalankan perniagaan dalam pengedaran gas LPG yakin pengeluaran MyGaz akan meningkat sebanyak 30 peratus di Kelantan dengan adanya dua trak Scania baharu ini.
Sementara itu, Scania Malaysia turut memberi khidmat bantuan kecemasan Scania dan penyenggaraan secara percuma selama dua tahun kepada Heng Seng.
Leave a Reply