• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing

TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing

June 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook
KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) digesa segera mengambil tindakan terhadap 21 tuntutan dikemukakan Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) sejak Januari lalu, terutama berhubung isu keselamatan dan kebajikan pemandu e-hailing serta p-hailing.

Presiden TPAD, M Nantha berkata, sehingga kini masih tiada perkembangan ketara, walaupun sudah separuh tahun berlalu.

Sekarang sudah Jun, tetapi hasilnya masih belum nampak," katanya.

Tuntutan Hapus Sistem Terima Tugasan 10 Saat

Antara isu utama diketengahkan adalah desakan menghapuskan sistem penerimaan tugasan automatik dalam aplikasi e-hailing yang hanya memberi tempoh 10 saat kepada pemandu untuk menerima tempahan.

Sistem ini tidak adil dan beri tekanan kepada pemandu. TPAD minta sistem ini dihapuskan terus."

Had Masa Pemanduan 12 Jam Ditekankan Demi Keselamatan

TPAD turut mencadangkan had maksimum masa pemanduan ditetapkan kepada 12 jam sehari untuk kedua-dua platform e-hailing dan p-hailing.

  • Selepas 12 jam, aplikasi perlu aktifkan ciri 'job pause'
  • Tuntutan itu dibuat berikutan banyak kes kemalangan akibat pemandu terlalu penat

Ini bukan hanya isu kebajikan, tapi soal nyawa." - M Nantha, Presiden TPAD

Perbincangan Lanjut Diteruskan

Beliau turut memaklumkan beberapa ciri perbincangan akan diteruskan bersama MOT, agensi berkaitan dan penyedia platform e-hailing bagi mencari penyelesaian terbaik dan memperkukuh kerjasama dua hala.

TPAD menekankan isu keselamatan dan kebajikan pemandu e-hailing serta p-hailing perlu diberikan perhatian segera Kerajaan.

Dengan 21 tuntutan yang masih belum menunjukkan perkembangan konkrit, TPAD mengharapkan Kerajaan tampil dengan tindakan tegas dan pelan penyelesaian lebih jelas demi kesejahteraan lebih 100,000 pemandu dalam sektor pengangkutan awam darat.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, e-Hailing, Kementerian Pengangkutan (MOT), P-Hailing, Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev