• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Vios & Hilux - Ciri Tambah, Harga Kekal

Toyota Vios & Hilux - Ciri Tambah, Harga Kekal

June 1, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Vios TRDUMW Toyota Motor memperkenalkan Toyota Vios dan Hilux yang hadir dengan beberapa penambahan aksesori tanpa mengalami sebarang kenaikan harga.

Sudah pasti pengumuman ini menggembirakan terutama bagi mereka yang sememangnya berhajat untuk memiliki kedua-dua model ini.

HARGA: (tidak termasuk insurans)

  • Toyota Vios 1.5J AT - RM76,249
  • Toyota Vios 1.5E - RM81,829
  • Toyota Vios 1.5G - RM87,410
  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo - RM92,103

TOYOTA VIOS

Bagi varian Vios 1.5G dan 1.5 TRD Sportivo, antara penambahbaikan diterima adalah menerusi kehadiran skrin sentuh bersaiz 7-inci bersama sistem hiburan DVD-AVN (Audio-Video-Navigation). Hadir bersama kamera undur, ia juga didatangkan dengan ketersambungan seperti HDMI, USB, Bluetooth dan AUX.

Manakala varian Vios 1.5E dan 1.5J pula hadir bersama filem solar dan keselamatan premium Toyota. Menepati garis panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), filem ini mampu menghalang sehingga 99 peratus cahaya ultra violet yang berbahaya.

Bukan saja sangat tahan lasak, filem yang diperbuat daripada material nano termaju itu berupaya menghalang kaca daripada berkecai sekiranya berlaku kemalangan mahupun dipecah masuk.

Hilux TRDTOYOTA HILUX

Selain model Vios, Toyota turut memberi nilai tambah pada varian Hilux G dan TRD Sportivo dengan menerima sistem infotaimen DVD-AVN secara percuma.

Pada bahagian luaran, pelindung hud ditambah dengan jalur merah manakala tiang B dibalut dengan pelekat gentian karbon.  Tidak setakat itu, bar besi tahan karat turut dipasang pada bahagian belakang untuk meningkatkan lagi gayanya yang rugged.

Maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila hubungi bilik pameran Toyota terdekat.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Harga kekal, Kereta, Toyota Hilux, Toyota Vios, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my