Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Vellfire dan Alphard (2023) Lancar di Jepun dengan Enjin NA, Turbo dan Hibrid!
Roda4

Toyota Vellfire dan Alphard (2023) Lancar di Jepun dengan Enjin NA, Turbo dan Hibrid!

Abang HirataBy Abang Hirata22/06/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Toyota Alphard (2023)
generasi ketiga dan Toyota Vellfire (2023) generasi keempat dilancarkan dengan jualan dimulakan serentak di Jepun.

Jika sebelum ini saingan Alphard dan Vellfire datang dari jenama Jepun sendiri, tetapi kedua-dua model itu kini perlu menyaingi kehadiran kenderaan pelbagai guna (MPV) dari China.

Toyota Alphard dan Toyota Vellfire nampak seperti tergugat selepas dikeluarkan sejak 2015 lagi dengan kedatangan model lain yang serba canggih berserta teknologi trenkuasa terkini.

Sebagai pengeluar berpengalaman, Toyota membuka langkah menawarkan Lexus LM generasi kedua dengan melebarkan penawaran di Eropah. Sejak itu, pasaran masih ternanti-nanti ketibaan Alphard dan Vellfire.

Dengan sejumlah foto dikongsi, boleh dikatakan Alphard dan Vellfire baharu akan terus memikat hati pengguna selain reputasi yang terbina sekian lama. Sama seperti LM dan Sienna (Amerika Syarikat), Alphard dan Vellfire menggunakan platform TNGA-K.

VARIAN DAN TRENKUASA

1. Toyota Alphard

Ada dua varian ditawarkan iaitu Alphard Z dan Alphard Executive Lounge seperti berikut:

i. Toyota Alphard Z

Ada dua trenkuasa ditawarkan untuk varian ini, iaitu:

  • Enjin 2.5L (2AR-FE) dengan transmisi Super CVT-i dalam pilihan pacuan dua roda (2WD FF) dan empat roda (4WD).
  • Enjin hibrid 2.5L (A25A-FXS) dengan transmisi e-CVT dalam pilihan 2WD FF atau E-Four.

Harga Alphard Z bermula 5,400,000 yen (RM176,750) hingga 6,420,000 yen (RM210,065).

ii. Toyota Alphard Executive Lounge

Trenkuasa varian mewah ini sama seperti Alphard Z hibrid yang dijual pada harga 8,500,000 yen (RM278,080) untuk varian 2WD dan 8,720,000 yen (RM285,265), E-Four.

2. Toyota Vellfire

Model ini lebih mewah daripada Alphard yang didatangkan dalam tiga varian: dua untuk Z Premier dan satu Executive Lounge.

i. Toyota Vellfire Z Premier 2.4L Turbo

Dijana enjin 2.4L Turbo (T24A-FTS) dengan transmisi automatik Direct Shift-8AT dalam pilihan pacuan 2WD dan 4WD yang setiap satu dijual pada harga 6,550,000 yen (RM214,220) dan 6,748,000 yen (RM220,580)

ii. Toyota Vellfire Z Premier 2.5L Hibrid

Trenkuasa hibrid sama seperti Alphard hibrid yang dijual pada harga 6,900,000 yen (RM225,550) untuk 2WD dan 7,120,000 yen (RM232,835), E-Four.

iii. Toyota Vellfire Executive Lounge 2.5L hibrid

Trenkuasa hibrid untuk kedua-dua Alphard dan Vellfire sama saja, tetapi varian premium dan mewah ini berharga 8,700,000 yen (RM284,410) untuk pacuan 2WD dan 8,920,000 yen (RM291,660), E-Four.

PLATFORM TNGA-K, TUMPU ASPEK KETEGARAN, PEMANDUAN

Platform TNGA-K dioptimum untuk kegunaan van mini (terma rasmi) dengan penggunaan palang lurus (rocker) dan braket bentuk V pada bahagian bawah belakang dan meningkatkan ketegaran sebanyak 50 peratus berbanding model generasi ketiga.

Selain itu, Toyota turut mengoptimum perekat struktur dengan menggunakan perekat redaman kuat pada bahagian kaki penumpang dan perekat ketegaran tinggi pada lokasi yang mudah berlaku kilasan di belakang kenderaan.

Justeru kontradiksi badan dihadkan untuk mendapatkan prestasi pemanduan lebih baik dan stabil. Karakter kontradiksi adalah isu biasa untuk van sebesar ini dan sesuatu yang bagus apabila mendapat perhatian Toyota.

Kedua-dua model mengguna suspensi MacPherson yang khusus untuk TNGA dengan suspensi belakang double wishbone dipertingkat.

Varian terpilih seperti Alphard Executive Lounge, Vellfire Executive Lounge dan Z Premier berbeza dengan absorber boleh laras daya redaman secara mekanikal mengikut kadar gegaran dari permukaan jalan. Set suspensi itu juga menyerap gangguan gegaran kecil dari jalan raya.

Gegaran dialami penumpang baris kedua dikurangkan menerusi penggunaan sesendal (bushing) getah pada bahagian sambungan rangka kusyen dan busa memori (standard untuk Executive Lounge) pada penyandar belakang dan perehat tangan.

Perhatian juga diberi untuk mengurangkan bunyi jalan dan angin. Antaranya, tayar rendah bunyi dan tambahan bahan peredam bunyi pada panel depan cermin besar (kowl) dan mengoptimumkan bentuk bahagian tukup enjin, cermin sisi dan pilar -A yang terdedah kepada angin.

Di sebalik perubahan itu, Vellfire lebih istimewa dengan penggunaan Pendakap Prestasi Depan yang menghubungkan tulang radiator dan penyangga sisi (side member) untuk mempertingkat ketegaran dan memberikan respons cemerlang ketika memecut dari posisi pegun.

LEBIH LUAS, PRAKTIKAL

Toyota juga menambah ruang antara kerusi depan dan tempat duduk baris kedua serta antara baris kedua dan ketiga sebanyak 5mm dan 10mm.

Ruang tambahan itu diperoleh menerusi pengubahsuaian posisi pemanduan dan binaan kerusi baris kedua selain merekabentuk panel suku sisi kerusi baris ketiga dan panel pintu belakang lebih nipis.

Dari segi dimensi, kedua-dua model memiliki saiz panjang 4,955mm, lebar 1,850mm dan jarak roda 3,000mm. Ketinggian pula berbeza mengikut varian antara 1,935mm dan 1,945mm.

Dimensi panjang dan lebar menepati had sistem parkir automatik di Jepun dengan ukuran maksimum panjang 5,000mm dan lebar 1,850mm.

Pada model terdahulu, lampu, suis dan ventilator penyaman udara berada di dua sisi siling, tetapi semua kini ditempatkan pada konsol atas kepala bersaiz panjang (super-long overhead console). Penumpang juga boleh membuka tingkap dari sisi berlawanan dan melaras lampu daripada konsol tersebut.

Penutup bumbung bulan (moonroof) pula boleh buka-tutup secara berasingan tanpa menggangu penumpang sisi yang tidak mahukan cahaya matahari dan pandangan malam, atau sebaliknya.

Satu lagi ciri khas ialah pemijak sisi universal (universal steps) pada kedua-dua sisi pintu gelangsar yang memudahkan akses keluar mausk untuk kanak-kanak dan warga emas. Sebaik saja pintu dibuka, pemijak kaki berukuran 220mm dari jalan raya akan dikeluarkan.

Penumpang turut dibantu ciri bar pegang panjang pada pilar-C dan siling untuk dipaut.

TOYOTA SAFETY SENSE (TSS)

Teknologi keselamatan Alphard dan Vellfire (2023) diberikan fungsi Bantuan Pemanduan Proaktif – Bantuan Stereng Intra (dalam) Lorong.

Sistem itu beroperasi dengan menganggar input pemandu dan melaras daya balas (counterforce) stereng untuk membantu pemanduan lebih lancar dengan mengehadkan operasi tidak perlu dan mencegah lengahan operasi.

Satu lagi sistem, Bantuan Pemanduan Proaktif – Bantuan Nyah Pecut apabila Belok di Simpang. Fungsi itu diaktifkan sebaik saja sistem mengesan kenderaan menghampiri persimpangan jalan, pemandu melepaskan pedal minyak dan menghidupkan lampu signal belok.

Sistem akan melakukan nyah pecut awal yang memudahkan pemandu membelok ke kanan atau kiri.

Varian Alphard dan Vellfire terpilih dilengkapi Sistem Parkir Termaju (APS) yang membolehkan MPV diletakkan atau keluar dari petak parkir menggunakan arahan telefon pintar walaupun pemandu di luar.

Sistem Pemanduan Termaju (ADS) pula membantu ketika kesesakan jalan raya, dan pada halaju hingga 40kmj bagi mengurangkan keletihan memandu.

Toyota mensasarkan menjual 8,500 unit Alphard dan Vellfire sebulan di Jepun dengan pembahagian 70:30 peratus. Kedua-dua model itu dikeluarkan dari Kilang Toyota Auto Body Inabe di bandar Kariya, Aichi, Jepun.

Selain trenkuasa aspirasi natural (NA), turbo dan hibrid ditawarkan, Toyota juga merancang memperkenal model hibrid plug-in (PHEV) pada masa depan untuk MPV tersebut.

BACA >>> Toyota Tacoma TRD Pro (2024) Tampil Bergaya, Lasak dengan Suspensi FOX
BACA >>> Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
BACA >>> Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!

Toyota Vellfire (2023)
Toyota Alphard (2023)
Toyota Vellfire dan Alphard (2023)
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 Toyota Toyota Alphard Toyota Aphard (2023) Toyota vELLFIRE Toyota Vellfire (2023)
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Nissan LEAF B5 2026 dengan Bateri 55kWj untuk Jepun, Jarak Sehingga 521km

30/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.