UMW Toyota Motor (UMW Toyota) mempamerkan 'King' dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah, Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge di acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) dengan kemas kini menyeluruh dari segi prestasi pemanduan, keselesaan, dan kecekapan bahan api.
Prestasi Hibrid Tinggi, Penjimatan Maksimum
Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge dijana enjin 2.5L Generasi ke-4 dengan sistem pacuan roda depan (FWD) yang memberikan gabungan kuasa keseluruhan 184kW.
- Kuasa enjin 140kW (187hp) dan tork 233Nm
- Kuasa motor elektrik 134kW (179hp) dan tork 270Nm
- Penggunaan bahan api 5.5 liter per 100km, 39.5 peratus lebih jimat berbanding petrol (ICE).
- Penjimatan kos bahan api jangka panjang RM11,800 berdasarkan 20,000km per tahun untuk lapan tahun.
- Pengurangan emisi karbon dioksida (COâ‚‚) 124g/km iaitu 40 peratus lebih rendah berbanding Vellfire versi petrol (ICE).
Dimensi, Rekabentuk Premium
Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge memiliki dimesia panjang 5,005mm, lebar 1,850mm, dan tinggi 1,950mm.
MPV hibrid mewah ini juga mengekalkan ciri ergonomik dan menawarkan kabin lebih senyap. Selain itu, kerusi VIP untuk tujuh penumpang kini lebih luas.
Suspensi Dipertingkat, Keselesaan Premium
Sistem suspensi dan dinamik pemanduan turut ditambah baik bagi memberikan lebih kestabilan dan keselesaan maksimum.
Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge memberikan gabungan prestasi, keselesaan, dan penjimatan bahan api lebih baik serta mesra alam berbanding versi ICE. Model ini sesuai buat mereka pengguna yang mahukan MPV mewah tanpa mengorbankan kelestarian dan kos jangka panjang.
Leave a Reply