Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Sasar Peralihan 40 Peratus Produk Tenaga Boleh Perbaharui di Malaysia Menjelang 2035
Auto Terkini

Toyota Sasar Peralihan 40 Peratus Produk Tenaga Boleh Perbaharui di Malaysia Menjelang 2035

Han OthmanBy Han Othman23/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Mobiliti Jepun (JMS) 2023
yang dijadualkan berlangsung 26 Oktober hingga 5 November ini membuka mata banyak pihak apabila Toyota menggumumkan 2050 sebagai tahun sasaran mencapai misi neutral karbon.

Soalannya, apakah kepentingan dan impak neutral karbon buat Toyota, dan kita semua sebagai pengguna automotif? Berikut beberapa fakta yang patut kita fikirkan bersama.

  1. Menangani masalah pemanasan global supaya tidak melebihi 1.5°C, iaitu had diumumkan Panel Antara Kerajaan berhubung Perubahan Iklim (IPCC) supaya alam sekitar kita kekal selamat untuk semua hidupan di Bumi.
  2. Tahukah anda, kadar pemanasan global ketika ini sudah mencecah  1°C, dan jika kita tidak melakukan apa-apa, kadar itu akan meningkat hingga  2°C hingga 4°C menjelang 2100. Siap sedialah untuk berpeluh apabila tidur malam.
  3. Mengurangkan emisi karbon. Dari perspektif mikro ke makro, pencemaran ialah musuh, tetapi apa termampu kita buat adalah pada tahap individu.  Di sinilah pengeluar konglomerat dan industri memainkan peranan besar dalam usaha mengelak kenaikan suhu global melebihi 1.5ºC dengan tahun sasaran 2050.
  4. Melakukan keputusan bijak dalam hidup yang mungkin untuk jangka masa pendek atau panjang. Ini kerana segalanya saling berhubung. Caranya adalah memilih dan menggunakan ‘produk alam sekitar’ serta tidak menambah jejak karbon. Ini penting, termasuk pilihan kita ada dalam aspek pengangkutan yang mana pembakaran bahan api fosil seperti petrol dan diesel menjadi penyumbang utama emisi karbon seluruh dunia.

Di sinilah Toyota mengorak langkah memainkan peranan sebagai ‘abang besar’ yang bertanggungjawab.

Ini kerana Toyota ialah pengeluar nombor satu antarabangsa dengan jualan 9,566,961 unit pada 2022, dan tidak dapat dinafikan menerajui pelbagai pasaran dunia seperti Jepun, Indonesia, Thailand dan Filipina. Boleh dikatakan separuh penduduk dunia memandu kenderaan Toyota.

Justeru sangat penting Toyota mengambil inisiatif menjadi penyumbang utama, yang bukan kepada emisi karbon, tetapi neutral karbon menjelang 2050.

Naib Presiden Toyota Motor Filipina, Elvin Luciano berkata, sejajar matlamat global ke arah neutral karbon menjelang 2050, Toyota berterusan bekerjam untuk menyediakan pelbagai kereta yang menghasilkan kurang atau emisi sifar.

Menjelang 2030, ada 3,500,000 unit kenderaan elektrik bateri (BEV) Toyota and Lexus akan terjual seluruh dunia.”

Malah di pasaran tempatan, pengedar rasmi kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, UMW Toyota mengorak langkah memperkenalkan model mesra alam seperti Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dan Toyota Innova Zenix Hybrid Electric.

Di Malaysia, Toyota juga mensasarkan matlamat penggunaan produk tenaga boleh diperbaharui daripada 28 peratus kepada 40 peratus menjelang 2035, dan mengurangkan tawaran kenderaan bahan api fosil daripada 72 peratus kepada 60 peratus menjelang tahun sama (2035).

Auto Terkini Elvin Luciano Japan Mobility Show (JMS) JMS 2023 Panel Antara Kerajaan berhubung Perubahan Iklim (IPCC) Toyota Toyota Corolla Cross Hybrid Electric Toyota Innova Zenix Hybrid Electric UMW Toyota
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.