Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

Abang HirataBy Abang Hirata19/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TOYOTA RAV4 generasi kelima pernah ditawarkan di pasaran tempatan, namun harga yang hampir mencecah RM200,000 menjejaskan permintaan model ini.

Kini, RAV4 memasuki generasi keenam selepas dilancarkan pada Mei 2025 dan tampil dengan rangkaian kuasa elektrifikasi sepenuhnya.

Selepas pengenalan model hibrid, Toyota Motor Corporation kini melancarkan Toyota RAV4 Plug-in Hybrid (PHEV) di Jepun dengan jarak pemanduan elektrik yang sangat menarik iaitu 150 km.

Model ini dijadualkan mula dijual secara rasmi pada 9 Mac 2026 dengan membawakan dua pilihan varian utama iaitu varian Z yang tampil sofistikated serta varian GR SPORT yang memfokuskan kepada aspek pemanduan dinamik.

Dibangunkan berasaskan konsep Life is an Adventure, RAV4 generasi keenam ini mengekalkan identiti reka bentuk yang solid dan berkuasa bagi memenuhi pelbagai gaya hidup pelanggan.

Rangkaian Kuasa Hibrid Plug-in Generasi Baharu

RAV4 PHEV menggunakan sistem hibrid plug-in generasi baharu yang pertama kali diperkenalkan oleh Toyota.

Sistem ini dibina di atas platform hibrid yang cekap tenaga dengan integrasi bateri berkapasiti besar yang baru dibangunkan.

Nadi penggerak utama kenderaan ini adalah enjin petrol 2.5 liter Dynamic Force (A25A-FXS) yang digabungkan dalam sistem hibrid selari.

Gabungan enjin dan motor elektrik tersebut menghasilkan output maksimum sebanyak 329 ps (242 kW).

Penggunaan semikonduktor silikon karbida (SiC) pada unit kawalan kuasa (PCU) membantu mengurangkan kehilangan tenaga, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem secara keseluruhan.

Jarak Gerak Elektrik dan Kecekapan Tenaga

Salah satu peningkatan paling ketara pada model ini adalah jarak gerak dalam mod kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV).

Hasil daripada peningkatan kapasiti bateri, RAV4 PHEV kini mampu bergerak sejauh kira-kira 150 km dengan satu cas penuh mengikut ujian dalaman Toyota.

Jarak ini merupakan peningkatan besar berbanding model konvensional sebelum ini yang mencatatkan sekitar 95 km.

Keupayaan ini membolehkan pemanduan sifar emisi dilakukan untuk kebanyakan aktiviti harian daripada berulang-alik ke tempat kerja hingga ke perjalanan jarak dekat.

Sistem Bekalan Kuasa Luaran dan Kecemasan

RAV4 PHEV juga boleh berfungsi sebagai sumber kuasa mudah alih yang boleh digunakan untuk aktiviti luar.

Selain soket di bahagian kargo, tersedia penyambung kuasa kenderaan yang boleh disambungkan pada port pengecasan untuk dijadikan soket kuasa luaran 100V dengan output sehingga 1,500W.

Dalam situasi kecemasan seperti terputus bekalan elektrik atau bencana alam, RAV4 PHEV boleh membekalkan kuasa elektrik.

Melalui mod HV Power Supply, SUV ini boleh membekalkan elektrik selama kira-kira 6.5 hari dengan beban 400W bermula dengan bateri dan tangki minyak yang penuh.

Jika mod Power Supply Time Priority dipilih, tempoh bekalan elektrik boleh dilanjutkan sehingga kira-kira 7 hari.

RAV4 GR SPORT Lebih Dinamik

Toyota turut menambah varian GR SPORT ke dalam barisan RAV4 untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih responsif.

Varian ini menerima sentuhan daripada siri kereta sport GR melalui penambahbaikan struktur di mana bateri pacuan digunakan sebagai komponen pengukuh untuk meningkatkan ketegaran badan dan merendahkan pusat graviti kenderaan.

Aspek pengendalian ditingkatkan melalui penggunaan GR Performance Dampers dan GR Braces yang berfungsi mengurangkan herotan badan serta meningkatkan kestabilan.

Selain itu, sistem stereng kuasa elektrik (EPS) telah ditala khas mengikut mod pemanduan Normal dan Sport untuk memberikan maklum balas stereng yang lebih tepat.

Reka Bentuk Luaran dan Aerodinamik

Bagi varian Z, Toyota memberikan kemasan hitam piano pada bahagian bumper hadapan, bawah badan dan arka roda untuk penampilan yang lebih premium.

Manakala bagi varian GR SPORT, reka bentuk luaran mengutamakan fungsi aerodinamik melalui spoiler bibir hadapan dan spoiler belakang jenis sayap.

Reka bentuk ini telah diuji melalui analisis komputer (CFD) dan ujian terowong angin bagi menghasilkan daya mendap yang seimbang antara bahagian hadapan dan belakang.

Ini memastikan kestabilan kenderaan kekal optimum pada kelajuan rendah, sederhana mahupun tinggi.

Spesifikasi dan Harga Toyota RAV4 PHEV Jepun 2026

  • Rangkaian Kuasa: 2.5 liter Series Parallel Plug-in Hybrid System (A25A-FXS)
  • Sistem Pacuan: E-Four
  • Transmisi: e-CVT
  • Output Maksimum Sistem: 329 ps
  • Jarak Mod BEV: 150 km
  • Output Bekalan Kuasa Luaran: 1,500W (Maksimum)
  • Harga Varian Z: 6,000,000 Yen (RM151,440)
  • Harga Varian GR SPORT: 6,300,000 Yen (RM159,012)
  • Lokasi Pengeluaran: Kilang Takaoka dan Kilang Nagakusa, Jepun
  • Sasaran Jualan Jepun: 700 unit sebulan

Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 Jepun

Toyota RAV4 PHEV 2026 Jepun

Toyota Toyota RAV4 Toyota RAV4 PHEV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LTSIP Mula Operasi 5 Mac Ini, Fokus Lonjakan Penumpang Menjelang Aidilfitri

19/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia, Sokong Sistem Tol ANPR di PLUS

19/02/2026
Roda2

Triumph Trident 800 Rasmi di Malaysia, Bermula RM53,900

19/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.