Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Motor Eropah Catat Jualan Cemerlang Jan – Jun 2024, Yaris Cross Paling Diminati!
Auto Terkini

Toyota Motor Eropah Catat Jualan Cemerlang Jan – Jun 2024, Yaris Cross Paling Diminati!

Abang HirataBy Abang Hirata23/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DEK kerana Toyota tidak agresif dalam menawarkan kenderaan elektrik (EV), ada yang membuat telahan syarikat bakal menemui kegagalan.

Hakikatnya Toyota bukan mengabaikan tetapi sebagai syarikat kelompok teratas dunia mengambil strategi berbilang laluan (multipathway).

Bergantung pada pasaran, Toyota menawarkan kenderaan hibrid, EV dan sel bahan api hidrogen atau ketiga-tiganya sekaligus. Satu lagi yang menyokong keberkesanan strategi Toyota ialah data jualan.

Apa yang menarik ialah jumlah jualan Toyota Motor Eropah (TME) dalam tempoh enam bulan pertama 2024 meningkat lebih sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jualan Toyota dan Lexus meningkat kepada 626,572 unit dan Toyota mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta penumpang kedua terlaris dengan peningkatan lebih sembilan peratus.

Lexus pula mengekalkan kedudukannya sebagai satu daripada jenama Eropah yang berkembang pesat dengan pertumbuhan lebih 21 peratus.

Toyota Profesional sebagai jenama kenderaan perdagangan ringan TME pula menyaksikan peningkatan jualan lebih sepuluh peratus.

Tentang kenderaan elektrik yang hangat sekarang ini, jualan EV meningkat 34 peratus, hibrid plug-in meningkat 38 peratus dan hibrid meningkat 11 peratus.

Kenderaan elektrifikasi Toyota dan Lexus mewakili 74 peratus jualan keseluruhan Toyota dan Lexus di Eropah.

Ringkasan jualan TME di Eropah dari Januari sehingga Jun 2024:

Toyota

  • Jualan sebanyak 585,321 unit, peningkatan lebih sembilan peratus berbanding Januari sehingga Jun 2023.
  • Kenderaan elektrifikasi mewakili 73 peratus daripada keseluruhan, peningkatan lebih sembilan peratus.
  • Jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) meningkat 24 peratus kepada 19,038 unit.
  • Jualan kenderaan elektrifikasi: 424,812 unit, peningkatan sembilan peratus.

Model terlaris:

  • Yaris Cross (103,657), Yaris (93,587), siri Corolla (87,820), Toyota C-HR (62,513), Aygo X (52,645), RAV4 (52,171).
  • Model elektrifikasi: Yaris Cross Hybrid (98,807), Yaris Hybrid (83,772), Corolla Hybrid (75,231), Toyota C-HR Hybrid (57,619), RAV4 Hybrid/Plug-in Hybrid (49,889).

Toyota Professional

  • Meningkat sepuluh peratus kepada 72,012 unit.
  • Jualan Proace City meningkat 28 peratus kepada 29,857 unit.
Lexus
  • Jualan meningkat lebih 21 peratus kepada 41,251 unit.

Model terlaris:

  • NX (13,341), RX (7,018), UX (5,349).
  • Model elektrifikasi: NX Hybrid/Plug-in Hybrid (12,942), UX Hybrid/EV (5,200), RX Hybrid/Plug-in Hybrid (5,371).

Dilihat dari kecenderungan pembeli, ringkasan yang boleh dibuat ialah Toyota mempunyai potensi untuk mengalihkan pembeli kelompok model popular kepada versi elektrik.

Sebagai contoh, Toyota menyediakan versi elektrik untuk Yaris Cross, Yaris dan siri Corolla dengan andaian bahawa kebanyakan dari pembeli berpuas hati dengan teknologi hibrid dan hibrid plug-in Toyota dan berkira-kira untuk beralih kepada BEV.

Jualan BEV iaitu bZ4X ialah sebanyak 13,910 unit dan tidak mempunyai legasi berbanding model lain seperti Corolla atau Yaris.

Trend pengeluar hari ini ialah mengeluarkan siri BEV baharu berbanding menjenamakan siri sedia ada kepada EV.

Toyota Professional pula menawarkan Proace BEV, Proace Verso BEV, Proace City BEV dan Proace City Verso BEV dengan jualan 5,128 unit.

Di sebalik kemeriahan jualan, model berprestasi GR mempunyai peminat tersendiri. GR Yaris paling digemari dengan jualan 1,608 unit diikuti GR86 sebanyak 739 unit dan 268 unit untuk GR Supra.

Pikap popular iaitu Hilux pula mencatat jualan sebanyak 26,444 unit.

Nota:

  • Jualan Eropah kecuali Rusia.
  • TME bertanggungjawab untuk pasaran Barat, Tengah dan Timur Eropah termasuk beberapa pasaran Asia Tengah seperti Armenia, Azerbaijan, Georgia dan Kazakhstan.
  • Timur Eropah termasuk Kazakhstan, Caucasus, Ukraine, Turkiye dan Israel.
Toyota Toyota Motor Toyota Motor Eropah
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.